Saturday 20 April 2013

Ice Cream.. Nyum3

Assalamualaikum...

Sebenarnya, saya update tentang resepi aiskrim ni sebab ia nampak sedap an simple untuk dibuat.. Saya jumpa resepi ni kat facebook dan tak nak hilangkannya.. Sebab tu saya simpan kat blog ni supaya saya dapat tengok selalu.. 

Kalau awak nak try resepi ni, silakan... Nanti saya nak buat jugak..




  • Get a paper cup 
  • put chopped peanuts in the bottom, 
  • by a scoop of vanilla ice cream, 
  • some melted chocolate 
  • more peanuts 
  • another scoop of ice cream, 
  • scoop of peanut butter  
  • chopped Reeses cups
  • one last scoop of ice cream!
  • put a Popsicle stick inside and freeze.


When frozen tare off paper cup and Enjoy!!!

You can mix also with different kinds of ice cream, nuts or chocolate!

p/s : Harap awak semua faham bahasa Inggeris laa..
        Tengok gambar pun mesti dah tau dah


Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah

Lawatan Ilmiah Prefect Semekam Day 2

Assalamualaikum...


As promised, second part of my story, 'The Prefect's Trip'.. Ecece.. Speaking la pulak. Alhamdulillah, saya dah selesai meng'upload'kan gambar dalam facebook. Hemm... Dapat sambutan yang hangat jugak. Saya memang suka share gambar-gambar yang saya ambil kepada orang lain. Tak tahu kenapa. 

Okaylah. Let's go on to our second day of the trip. Err........ Kitorang pergi mana ek untuk hari kedua ni?? Tak ingat sudaaa...
......................................................................................................................................
......................................................................................................................................

Haaaa!!
Ingat dah.....

Our trip : Day 2 (Galeri Sultan Azlan Shah-Bengkel pembuatan labu sayong-Masjid Ubudiyyah-Sg Perak-Taiping Square)



 Pak Cik rajin membersihkan Masjid..

Ustaz Lokman bermalam di dalam masjid

Posing depan masjid sblum bertolak.. (Takpe ker??) 
Beramah mesra dengan seorang mak cik.. Ramah orangnya..
Ada gambar pengawas perempuan jer kat depan pagar Galeri sultan azlan shah..
Tak sempat nak ambik gambar pengawas lelaki

Mesranya~~~

Thursday 18 April 2013

Lawatan Ilmiah Prefect Semekam Day 1

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, akhirnya Allah buka juga hati saya ni untuk meng'upload' gambar lawatan pengawas a.k.a BAPEN (BadanPengawas) ke dalam blog + facebook. Kalau tak, ber-habuk-la gambar-gambar ni dalam komputer besar. Malaih betul nak turn on komputer besar. Kebelakangan ni, saya selalu guna laptop netbook untuk buka internet.. Senang..! Boleh baring, boleh duduk dll..

Okaylah..!! Dalam entri ni, saya nak cerita serba sedikit tentang lawatan yang gempakk ni. Tapi, macam biasa, lebih banyak gambar daripada tulisan. So, enjoy.........

Butiran lawatan :

Nama Lawatan : Lawatan Ilmiah Badan Pengawas SMKAM
Tarikh               : 3/4/13-6/4/13 (Rabu-Sabtu)
Tempat             : Perak - Gua Tempurung
                                     - Galeri Sultan Azlan Shah
                                     - Bengkel Pembuatan Labu Sayong
                                     - Sungai Kelah Hotspring
                                     - Masjid Ubudiyyah dll
                           Kuala Lumpur - Berjaya Time Square (theme park)


Before Depart to Perak + Our Trip Day 1

Kami tunggu bas sekolah daripada pukul 8 mlm lgi.. tp bas sampai dkt sekolah pkul 11.. huhu
Posing2 dekat laluan asrama
Start your morning with a smile ^_^
Girly girls who must pose for about anything
Om nom nom.. sedak wei lok (means nya sedap)
Makan3..
Hambali..! Fighting..!
Dah sampai di gua tempurung

Tuesday 16 April 2013

TERKINI : News From Ummi Ayah di Mesir

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, setengah jam yang lepas, saya berjaya contact ummi ayah.. Alhamdulillah again, my parents dah selamat sampai dan baik-baik di sana. Walaupun mahal untuk buat panggilan telefon dari Mesir ke Malaysia, tapi takpelah, nak lepas rindu.

Lepas tu, 3 minit lepas Abang Am letak gambar ummi dan ayah kat Facebook


"Alhamdulillah Allah izin para doktor selamat sampai ke bumi mesir. Yg lebih menyeronokkan ayah ummi ada bersama. Tak tahu apa impression mereka tengok tmpatku belajo... "


Yang dua orang kat tengah , pakai baju werna sedondon tu.. Cntk nya gmbr background..



p/s : Ayah dan ummi pergi merantau ikut rombongan doktor-doktor KelabKesihatanHaluan


Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah

Ummi dan Ayah Merantau + Umrah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, ummi dan ayah tercintaku berpeluang sekali lagi untuk mengerjakan UMRAH.. But, before that, mereka pergi merantau di Mesir, Jordan,Yaman dan kawasan yang berdekatan dulu. Bestnyaa.... Umi dan ayah sanggup meninggalkan 'bantal peluk' ni kat rumah?? :'(  Huhu... Dahlah dekat Mesir, ummi ayah dapat ziarah Abg Am yang tengah studi kat sana. Uwaah...!!

Saya pulak tak dapat ikut sebab kena pergi sekolah. Kalau ikut ummi dan ayah, saya terpaksa tinggalkan sekolah selama 2 minggu. Huh! Banyak la ketingglan pelajaran nanti. Takpela, saya tak terkilan sangat walaupun tak dapat pergi buat umrah sebab zaman dahulu kala, saya dah berjaya sampai ke Mekah and Madinah. Tapi, kesunyian saya dekat rumah. Sedih..!

Sepanjang 2 minggu ummi dan ayah takde, Che Su dan Ayah Su saya la yang datang rumah untuk jaga saya.  Makan, minum saya dijaga sebaiknya. Pokoknya, mustahil untuk saya rasa lapar.
#TerimaKAsihCheSuAndFamily.. ILoveYou!!
Teringat dulu, Kak Long kata, "Nanti kuruslah Ijah sebab tak cukup makan sebab rindukan sangat ummi ayah," Hoho.. Rasanya, makin 'sihat' adalah. =P

Baru dua hari ummi and ayah takde kat Malaysia, but I miss them so much. Chaiyokk Mahfuzah!! Tabahlah for the sake of ummi ayah. Hwaiting!!
Ok lah.. Tu jer.. Nak share feelings sket. Ecececeh....

Bak kata Tahz, kawan saya "Awak ni kiranya anak yatim tak mati mak tak bapak la kan?"

Adoyaii..
That's all for today, thank you..
Assalamualaikum

Ummi, Ayah.. Aku mendoakan agar kalian selamat berangkat dan selamat pulang ke tanah air.. Love you always cause you're always in my heart..
Miss you deeply~~~


Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah

Friday 12 April 2013

Ayuh.. Kita renungkan..!





 Wahai Manusia  ...
     

Ohhh.. indahnya hidup ini...bila aku lapar..aku akan cari makanan, buah-buahan dan apa aja yang boleh mengenyangkan perut aku. Halal atau haram ????...aku tak kesah..semuanya halal bagi aku.

Aku boleh bergaul dengan bebas....jantan atau betina..sama saja..
yang penting ...nafsu aku puas...hidup aku enjoy..

Aurat..???? ahhh...tak payah susah-susah...tutup sikit-sikit sudahlah... Zaman moden kan...aku memang dari dulu sampai sekarang tak kesah dengan aurat pun...!!!


Kalau tuan/puan nak jadi aku...jom ikutlah cara hidup aku.....
Cuma aku hanya seekor binatang..kalau mati tak masuk neraka..
Tapi tuan /puan adalah manusia...kalau mati tentu masuk neraka ..

Ok lah...aku nak rehat ni,tapi tolonglah fikirkan pesanan aku ini... !!

-Pesanan daripada beruk kesepian 



Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah

Wednesday 10 April 2013

Sentuhan Nurani di KASeH Kelantan


BACHOK, KELANTAN, 1 Apr 2013 - Seramai 121 pelajar sekolah rendah telah berkampung selama tiga hari dua malam di Tanjung Chap Beach Resort di sini dari 25 hingga 27 Mac untuk menyertai Kem Anak Soleh (KASeH) yang dianjurkan oleh Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) cawangan Negeri Kelantan.
Menurut pengarah kem, Cik Nurul `Atiqah Mahmud, peserta telah datang dari seluruh pelusuk Kelantan termasuk Gua Musang dan Tanah Merah. Kem yang dijayakan bersama 20 fasilitator lelaki dan perempuan itu membawa tiga misi utama. Pertama, menerapkan nilai-nilai Islam kepada anak-anak dalam aspek aqidah, ibadah dan akhlak melalui sirah. Kedua, menanam dan memantapkan akidah anak-anak serta kefahaman mereka tentang kepentingan dan keperluan solat. Yang terakhir, untuk mencungkil bakat, potensi dan kebolehan mereka ke arah kebaikan.
Antara aktiviti yang mendapat sambutan hangat peserta ialah Malam Cilik Muslim, Slot Anak Soleh, Kembara Kasih dan Modul Al-Fatihah. Encik Jumat Mat Salleh daripada Puncak Himmah Consultancy telah bersama adik-adik peserta dalam Slot ‘Warkah Buat Ibu Ayah’ sebelum pulang ke Sabah.
Salah seorang peserta perempuan 12 tahun, Amani Nasuha Che Adnan amat menyukai slot tersebut. “Paling menyentuh hati sekali adalah semasa aktiviti dengan abang Jumat. Selepas slot tu, barulah saya sedar tanggungjawab saya sebagai anak. Masa tu juga, saya tak sabar nak balik sebab nak cium, peluk dan minta maaf dekat mama dan abah. Dan saya juga nak ucap banyak-banyak terima kasih kat mama dan abah sebab hantar saya kat kem ni,” kata adik Nasuha dengan sebak.
Menyentuh perasaan apabila salah seorang peserta perempuan, Tengku Farah Anisha Tuan Zaki, 12 tahun berkata, “Saya tak nak pergi kelas tambahan sebaliknya saya ke kem ini. Kalau saya tak sertai, saya dah tak ada peluang untuk melalui zaman kanak-kanak saya. InsyaAllah, Allah akan bantu saya dalam UPSR nanti.”Dengan keyakinan yang jitu, Farah menjawab persoalan kenapa memilih untuk menghadiri Kem Anak Soleh. Adik Farah juga mengatakan inilah kali pertama dan kali terakhir dia menghadiri kem seperti ini memandangkan beliau akan memasuki sekolah menengah selepas ini.
Mengikut kepada perancangan, pihak penganjur mungkin akan mengulangi lagi Kem Anak Soleh untuk sesi ke-2 pada cuti sekolah akhir tahun nanti kerana sambutan yang hangat. Keberhasilan matlamat kem ini mungkin telah tercapai apabila melihat sikap adik-adik peserta yang berubah ke arah lebih baik menjelang akhir kem. Ada di antara mereka yang menerpa, memeluk dan meminta maaf kepada ibu ayah, serta adik-beradik mereka di akhir program. 

Laporan Nurul Zati Amani Mahmud, KeARAH Kelantan 
Antara slot yang mencungkil daya kreativiti peserta

Ujian : Kaki Bengkak

Assalamualaikum...

FYI, today, I am absent from school. Why..? Seperti tajuk di atas, kaki saya mengalami ke'bengkak'tan yang agak serius. Seperti kata-kata ayah saya, " Macam telur rosak " huhu.. Macam mana boleh bengkak??
Susah nak cerita secara detail. Tetapi punca UTAMA adalah CICAK. Oh, I seriously TAK SUKA makhluk reptilia kecil  yang bernama cicak ni. Lagipun, menurut sirah, cicak ni la yang memberitahu puak kafir musyrikin Mekah yang mana ada makhluk di dalam gua Tsur ketika Nabi Muhammad S.A.W. dan Saidina Abu Bakar R.A. bersembunyi ketika melarikan diri dalam peristiwa Hijrah. Nasib baik dengan izin Allah labah-labah membina sarang dengan cepat di pintu gua. Dah lah jahat, menggelikan pulak tu. Pendek kata, saya benci kan cicak..!

Uhukss-uhukss... Emo la pulak..

Ummi cakap, ini adalah ujian dan teguran daripada Allah mungkin sebab saya ada buat silap (mane boleh bagitau, aib diri sendiri tak boleh buka..) Taubat dah, nak jadi anak soleh yang taat pada ibu bapa dan Allah. Dan tak nak cari pasal dengan cicak lagi..! Sakit..!! =(

Oh ya !! Saya dah hampir seminggu balik daripada LAWATAN ILMIAH BADAN PENGAWAS SMKAM.. Tapi, tak sempat lagi nak update gambar kat blog dan facebook.. InsyaAllah akan datang tak kama lagi..

Assalamualaikum.. Tata~~ Titi~~ Tutu~~




Kaki ku berbalut.. Bestnya..! First time dapat experience kaki kena balut..

Monday 1 April 2013

Sindiran Pedas



Jangan disangka blog, FB dan penulisan tidak mampu menyindir pedas!

Sindiran pedas....

Walau hanya dengan SATU sindiran, walau tidak sengaja, walau tiada niat untuk menyindir sekalipun, namun KEPEDASAN sindiran atau kata-kata sudah cukup MELUKAKAN hati seseorang.

Sakit hati bukan?
Pernah terasa?

  Namun, apa yang menjadi isu perlukah sindiran dalam hidup kita?
Bentuk sindiran bagaimana yang dibenarkan dalam islam?

  Benar, ada sindiran berbentuk negatif dan ada pula negatif.
Benar, Al-Quran sendiri banyak menyindir manusia termasuklah diri ini.
Benar, hatta Rasulullah SAW sendiri pernah menyindir keluarga dan sahabat Baginda.

PEDAS ATAU TIDAK?

  Nak tahu pedas atau tidak bergantung pada individu. Orang-orang tua suka kecohkan ayat ini sampai jadi peribahasa :

"Siapa makan cili, dia yang terasa pedas!"

Tahap kepedasan boleh dinilai jika ada respon seperti :


  •  Mengutuk dalam hati
  •  Menyumpah!
  •  Menangis
  •  Baling barang
  • Angkat tangan, tak kisahlah tampar atau hentak-hentak kaki keyboard balas komen                                                        


PERLUKAH SINDIRAN DALAM HIDUP?

Terpulang kepada kita bagaimana untuk menghadapi, menangani serta menginterpretasikan sindiran tersebut.

  Jika kita seorang yang positif dan sabar, maka sindiran pedas menjadi positif dan tidak mustahil menjadi penanda aras kepada diri kita untuk berubah menjadi insan yang lebih baik untuk menghadapi hari esok berbanding siapa kita pada hari ini. InsyaAllah...

  Mungkin ada di antara kita yang menginterpretasikan kata-kata tersebut sebagai nasihat , peringatan mahupun pesanan.

  Menggunakan kata-kata tersebut untuk menyindir seseorang yang dirasakan 'insan' tersebut perlu ditegur secara sindiran?

Wallahu'alam.

SINDIRAN DARIPADA SAYA!

Di kesempatan ini, sambil melemparkan senyuman, saya juga ingin menyampaikan sindiran saya kepada sesiapa yang terasa :

"KALAU ANDA TIDAK SUKAKAN KEBAIKAN JANGAN HALANG ORANG LAIN LAKUKAN KEBAIKAN!"

Kalau islamik sikit :

"KALAU TAK MAMPU MENJADI PENOLONG,  JANGAN SAMPAI JADI PENGHALANG AGAMA ALLAH!"

Kalau ambil ayat al-Quran :

"Hampir-hampir (neraka) itu terpecah-pecah lantaran marah. Setiap kali dilemparkan ke dalamnya sekumpulan (orang-orang kafir), penjaga-penjaga (neraka itu) bertanya kepada mereka: “Apakah belum pernah datang kepada kamu (di dunia) seorang pemberi peringatan?” - ayat 8, surah al-Mulk.



P/s :: Penulis asal : Muslim Doktor


Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah