Showing posts with label WISDOM WORDS. Show all posts
Showing posts with label WISDOM WORDS. Show all posts

Thursday, 22 January 2015

Mixed Feelings..

Assalamualaikum


Mixed feelings.
Conquer it
Get rid of the bad ones
And protect the good ones



Empty
.
.
.
.
Something to care about?
Longing
*crushed to the ground*



Dissappointment
Depress
Offended
Envy

Penyakit hati

Those were all the feelings we experienced.
Hurt
.
.
Dissatisfied
.
.



But once we conquer them and replace them with another feelings

Happy
.
Joy
.
Pleasure
.
Sincere
.
Doing the best no matter what


Well, those are the feelings we truly should have.
For an ease and harmony life.
To have a happy and 'clean' heart 


But all of those feelings were meant to be within us.
We need them from time to time.
Because that is what we are.
And to be the best of ourselves,
We need IMAN to guide us always....

Put everything

Our HOPES
.
Our FAITH
.
Our NEEDS
.
Our OBEDIENCE

To THE ONE and Almighty ALLAH


#There's a story within this.
May only I and Allah know it.
But remember, ME in the future..
Do everything for ONLY HIM


Salam Ukhuwwah Fillah

Tuesday, 3 June 2014

The Bicycle

 Assalamualaikum...

So, hari ni saya nak cerita tentang hasil discussion beberapa orang sahabat dan sahibah saya yang memang tak pernah dirancang. This is our opinion on things to relate a BICYCLE with our life. 

Note!! 
Kami still remaja so, mungkin pandangan kami agak kurang sikit berbanding dengan pandangan orang lain di luar sana..

But this discussion can really educate myself to be more matured thinking..



Basikal ibarat hidup kita. Tanpa basikal, kita tak kenal apa itu "USAHA". Basikal mempunyai banyak komponen yang mempunyai fungsi masing-masing dan saling membantu antara satu sama lain. Contohnya :

~ RODA - ada kala kita berada diatas,dan ada kala kita berada dibawah


Tentang roda ni, saya tertarik dengan sebuah persoalan yg dilontarkan kepada Dr Zamrin

S : kita selalu dengar hidup ini spt roda. ada naik ada turun. bagaimana kita nk pastikan roda itu tak turun2?

J: Kita manusia diberikan oleh Allah 3 peluang dan kekuatan. Kita diberikan kebebasan oleh Allah untuk menentukan "nasib" kita berdasarkan kekuatan yg Allah berikan ini.

 
1. Kita ada kemampuan untuk berfikir
2. Kita ada kemampuan untuk membuat pilihan berdasarkan apa yg kita fikir
3. Kita ada peluang masa. bagaimana kita menggunakannya untuk ubah diri.


~ BREK - berfungsi sebagai "STOP" .. Bukan bermakna kita perlu berhenti drpd meneruskan hidup tapi sebagai "henti utk berfikir ". Kita juga kena STOP kan hati (manage hati) dlm kehidupan ni. Ingat! Kita perlu ambik dr sudut POSITIF

~ RAGA - tempat kita letak barang. Sama ada perkara tu penting atau tidak, kita tetap letak jugak kan? Samalah dgn hati kita... Mana yg penting or not, yg baik atau tak baik, kita letak jgk dlm hati kita, tapi, sedar tak.. BREK sebagai tempat kita berfikir, so, time inilah kita nak fikir yang mana baik dan yang mana buruk. Maka, selepas tu, kita simpan dalam hati yang mana telah menjadi pilihan kita, dan setiap yg kita pilih terletak pada diri kita. Kitalah menentukan segala-galanya.... 


~ SKRU - paling penting. Tanpa skru, tak jadi lah pak cik basikal tu.. Dalam proses pembuatan basikal, kita menggunakan pelbagai jenis skru. Jadi, skru boleh diibaratkan manusia sekeliling kita dan skru itu ibarat tempat paling kuat kita bergantung. 

~ RANTAI - ibarat doa.. Selepas terjadinya pak cik basikal, rantai diperlukan untuk menggerakkan basikal. Sama juga dengan manusia. Doa diperlukan untuk manusia memandu diri kearah mu'min yg sejati. 

Rantai juga ibarat hidup berjemaah. Rantai basikal yg lahirnya daripada butang2 kecil perlu digabungkan barulah terjadi rantai untuk mnggerakkan basikal. Samalah kita, kita hidup perlu berada dalam jemaah yg mampu membawa kita kearahNYA. Jika berseorangan, tak mampu kita bergerak kearahNya malah mungkin duduk sebek tepi dinding jadi besi buruk.

~ TEMPAT DUDUK - kegunaannya utk duduklah..hehe. Plano kalau nak dikaitkan dengan kehidupan, kita boleh samakan dengan seseorang yg mempunyai jati diri yg kuat. Macam plano tersebut, kalau plano tersebut tak kuat, lemah, keseorangan tanpa dibantu oleh rakannya iaitu skru, pasti jatuh apabila beban dikenakan ke atasnya. Same macam kita, kalau kita tak kuat tanpa dibantu IMAN dan TAQWA, apabila Allah datangkan ujian, pasti jatuh trsungkur. Jadi, alwajibat 'ala kullu muslim qawiy..fikrah wa jasadiah.


Maka siaplah dia pak cik basikal..

Tapi......

Sebenarnya ada banyak lagi proses berkaitan basikal ni.. Semasa kita guna, kelajuan kayuhan basikal ni kena jaga elok2 sebab kalau laju sangat , kang terbabas dan slow sgt pun tak boleh..Nanti tak mencapai matlamat. Kan dalam Islam, kita kena sentiasa bersederhana..
 




Cuba kita fikir sejenak, 


"Sesungguhnya, berfikir sejenak adalah lebih baik daripada orang yang umurnya hanya dihabiskan dengan beribadat dalam masjid je."

Ayuhlah kita fikir sekejap.

Siapa tempat kita bergantung sekarang? ALLAH kan..Siapa yg menyokong kita? ALLAH

Hidup ni tak lepas dengan kata-kata : Jaga HHDA 


'Hubungan Hati Dengan ALLAH' 


Jadi, apa yg boleh dikaitkn keseluruhan basikal dgn kehidupan?


  • Allah cipta kehidupan kita ni perfect dh.. bergantung kpd kita bagaimana utk 'bawa' or 'kayuh' kehidupan ni.. Basikal tu memudahkan urusan. manusia perlulah jadi seseorg yg memudahkan urusan org lain.. "Sebaik-baik manusia adlh manusia yg bermanfaat kpd org lain." dan basikal perlulah stiasa bergerak agar tdk jatuh -ayt budak tk matang - MAHFUZAH -


  • Kita hidup ni, penuh cabaran, namun cabaran itu dapat dibantu oleh semua ini untuk menghadapinya. Kita sedang mengayuh basikal, kemudian terdapat sebuah lori di hadapan kita, mesti kita akan mengelaknya kan? So,brek dan kayuhan kita memainkan peranan time ni. Skru,plano dan rantai pun sama jugak bergiat sama2 dalam menghadapi cabaran ni..hehe - MADIHAH MOHD NOOR-


  • Basikal nie umpama kitaran hidup kita..kadang2 kita harus berhenti utk brfikir sejenak..mengimbas kmbli kngan silam...pahit,manis yg pernah dialami.kadang2 kena brgerak ke hdapan tanpa menoleh ke belakang...setiap anggota memainkan peranan utk menggerakkan bsikal..smalah mcm hidup kita..kita perlukan rakan2 dn org sekeliling utk menghiasi hari2 kita..kadang2 kwn itu umpama lawan..tetapi,walaupun pahit,sakit mcm manapun mereka lakukan pd kita,tetapi mereka tetap yg terbaik dlm hari2 kita. - RAHMAN HUZAIFI -
 
  • Apabila semua komponen yang disebut diatas ini digabungkan dan tetap berada dan berfungsi di posisi masing2, maka jadilah ia basikal yg bermanfaat. 

    Ibrahnya: dalam kita bekerja secara berorganisasi, kita ada posisi masing2. maka kita perlu memainkan posisi kita sebaiknya. bila semua memainkan peranannya dengan terbaik maka kita mampu menjalankan sesuatu yang lebih besar, berkesan dan bermanfaat kpd orang lain.

    Dengan adanya sebuah struktur/organisasi ia akan menghimpunkan komponen2 yg berasingan menjadi satu untuk menghasilkan sesuatu. skru, rantai, roda dll semuanya adalah komponen yg berbeza tapi mampu disatukan dan akhirnya terciptalah basikal.- MOHD AFHAM aka KEFAHAMAN ISLAM -
 
Ada banyak perkara dalam dunia yang kita boleh analogikan kpd kehidupan. Itu pun jika pandang dgn sudut yang positif. Pemikiran seperti itu yg boleh memberi kematangan kpd diri. Kita lihat sesuatu perkara, kita rendahkan diri kita dengan membalikkan semula perkara tersebut kepada diri kita agar diri ini dipertingkatkan.. - HAZIM ZAHARI -


Dan basikal untuk kita naik, first naik mesti tak biasa kan , or pernah jatuh masa naik basikal but kita tetap nak naik even jatuh sebab kita nak belajar bawak basikal sampai pandai . 


"Ingatlah wahai kawan2 , Allah telah berjanji kepada kita semua, jika kamu semua ingin berjaya di dunia mahupun di akhirat hendaklah kamu berusaha then bertawakal " remember this .


Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah

Sunday, 24 November 2013

Pembatasan Antara Lelaki dan Perempuan

 1. Menundukkan pandangan
ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya, sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 30)

Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya. (An-Nuur: 31)

2. Menutup Aurat


ALLAH berfirman : ..dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain tudung ke dadanya. (An-Nur: 31)

Juga Firman-NYA; Hai nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.(Al-Ahzab : 59)

Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (An-Nur: 59).

Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis.

Dari Abu Daud Said al-Khudri .a. berkata: Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan wanita jangan melihat aurat wanita.

3. Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita


Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA; Dan apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah dari balik hijab. (Al-Ahzaab: 53)

4. Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan


Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda: Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)

Dari Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad yang sahih)

5. Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan)


Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik. (Al-Ahzaab: 32)

Berkata Imam Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu Kathir 3/350)

6. Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis

Dari Maqil bin Yasar .a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam Kabir)

Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/44)

Rasulullah SAW tidak pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)

Inilah sebahagian etika pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina baginya.

Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w. bersabda : “Telah ditetapkan bagi setiap anak Adam bahagian dosa daripada zina yang pasti akan ditemuinya. Kedua mata dosanya melihat, kedua telinga dosanya mendengar, lidah dosanya membicarakannya, kedua tangan dosanya memegang, kedua kaki dosanya melangkah, dan hati dosanya membayangkan atau mengangan-angankan. Semua itu akan dinyatakan atau tidak oleh kemaluannya.” (Riwayat Muslim)

*Al-Bukhari juga meriwayatkan hadis ini secara ringkas.

Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman-NYA; Dan janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)

Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah

Sunday, 15 September 2013

Selamat Datang Pemuda Akhirat



 "Dunia pergi menjauh dan akhirat datang mendekat. Kerana itu, jadilah kalian anak-anak akhirat, jangan menjadi budak-budak dunia. Sekarang waktunya beramal, dan tidak ada penghisaban. Sedangkan esok waktunya penghisaban, tidak ada amal."
- Saidina Ali -
 Selamat Datang Pemuda-pemudi Akhirat


Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah

Yakin pada Doa

Yakin pada kekuatan doa.
Sesungguhnya doa itu tiada sempadan.

" Tuhanmu berkata: Berdoalah kepadaku, nescaya aku perkenankan bagimu. "
(Mukmininun:60)

Doa, doa dan terus berdoa. Sesungguhnya tiada kerugian bagi mereka yang berharap kepada Tuhannya.

Pray for Egypt. Pray for Palestin. Pray for Syria. Pray for all Islamic world.

Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah

Monday, 5 August 2013

Just Forgive



Once upon a time, mother told me that she is sad and hurting inside. "Someone alleged me something that I didn't do. Please keep du'a for me" she said. I'm crying and asked her.. "So what's now mother, could you handle it? I wont forgive someone who hurt you unless they asked you for forgiveness.." "No" mother said. "Just forgive them. Allah just want us to know who they are. The real one. You don't have to justify them. Allah will do. This is our taaruf.. Don't blame them. Just have faith in Allah..Your heart will be free," - Mahfuzah Hanisah -



Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah

Friday, 2 August 2013

Don't Hate




 "The ones who treat you badly, are doing that because they are jealous..
Don't hate those kind of people.. Just feel sorry for them and have pity on them..
Don't live your life hating others..Once we're born, there are barely enough time live loving each other.."




Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah

Thursday, 1 August 2013

Fear


"Fear is not EVIL
It tells you what your weakness is 
And once you know your weakness, you can become stronger as well as kinder"
- Gildart Clive of Fairytail -




Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah

Saturday, 27 July 2013

Inspirational Story : The Giving Tree

 apple-tree
A long time ago, there was a huge apple tree. A little boy loved to come and play around it everyday. He loved the tree top, ate the apples and took a nap under the shadows... He loved the tree and the tree loved to play with him. Time went by......

The little boy had grown up and no longer played around the tree everyday. One day the boy came back to the tree and he looked sad.
"Come, play with me," tree asked the  boy.
"I am no longer a kid. I don't play around trees anymore," the boy replied. "I want toys. I need money to buy them,"
"Sorry, but I don't have any money.....but you can pick my apples and sell them. Then you will have money," The boy was so excited. He grabbed all the apples on the tree and left happily. The boy never came back after he picked the apples.
The tree was sad.

One day, the boy returned and the tree was so excited. "Come, play with me," the tree said.
"I don't have time to play. I have to work for my family. We need a house for shelter. Can you help me?"
"Sorry, but I don't have a house. But, you can chop off my branches to build your house,"
So, the boy cut all the branches off and left happily. The tree was glad to see him happy but the boy never came back since then.
The tree was lonely and sad.

One hot summer day, the boy returned and the tree was delighted. "Come and play with me!"  the tree said. "I am so sad and getting old. I want to go sailing to relax myself. Can you give a boat?"
"Use my trunk to make a boat. You can sail far away and be happy," So the boy cut the tree trunk to make a boat. The boy went sailing and never showed up for a very long time.

Finally, the boy returned after he left for so many years. "Sorry, my boy, but I don't have anything for anymore. No apples for you......" the tree said.
"I don't have teeth to bite" the boy replied.
"No more trunk for you to climb on,"
"I am too old for that now," the boy said.
"I really can't give you anything......the only thing left is my dying roots," the tree said with tears.
"I don't need much now, just a place to rest. I am tired after all these years," the boy replied. "Good! Old Tree Roots is the best place to lean and rest on,"
"Come, come sit down with me and rest," The boy sat down and the tree was glad and smiled with tears.

This is a story for everyone. The Tree is our parents. When we were young, we loved to play with Mom and Dad... When we grew up; we left them....only come to them when we need something or when we are in trouble. No matter what, parents will always be there and give everything they can to make you happy. You may think the boy is cruel to the tree but that is how all of us are treating our parents.

LOVE your parents, no matter who and where they are....

 -THE END-

Fuhhh~~ Siap jugak.. Penat menaip..

Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah

Thursday, 18 July 2013

Ramadhan 1434H.. Hmmm

Ramadhan, musim bunga untuk orang beriman!
Gambar lama, tapi mesti kita amalkan masa bulan Ramadhan ni..


Para ulama menggambarkan Ramadhan umpama titisan air hujan. Bukan semua orang akan mendapat jumlah air rahmat yang sama. Ia bergantung kepada bekas tadahan yang kita sediakan.

Hanya hati yang bersih, jernih dan putih sahaja mampu menerima jumlah air rahmat yang banyak daripada Ramadhan. Beruntunglah bagi mereka yang melangkah kaki ke bulan Ramadhan dengan jiwa dan hati yang bersih.

Marilah bersama-sama kita sediakan tadahan hati seluas-luasnya untuk memperolehi semaksima mungkin janji-janji Allah SWT dari Ramadhan kali ini!

 
Jika hari ini kita lebih baik dari hari kelmarin kita,sesungguhnya kita berada dalam golongan yang beruntung.. Tetapi jika hari ini kita lebih buruk dari hari kelmarin,sesungguhnya kita amatlah rugi.. Kenapa??

Cuba periksa hati kita,adakah hati kita masih mempunyai kekosongan yang sepatutnya diisi.. Sudah tentu hati kita mempunyai kekosongan jika perilaku kita pada hari ini lebih buruk dari hari kelmarin..

Apa kekosongan yang perlu diisi.. Hati yang mempunyai kekosongan tidak akan diisi dengan harta kekayaan kerana ia akan habis jua.. Hati yang kekosongan juga tidak akan diisi dengan paras rupa yang cantik kerana ia tidak akan kekal lama..

Tetapi, hati yang kekosongan hanya perlu diisi dengan IMAN..

Bagaimana tahap iman kita kepada Allah.. Begitulah perlakuan kita sehari-hari..
Gunakan pemikiran yang diberi Ilahi..

Semoga Allah redha..


 #Salam Ramadhan 1434H...Moga yang kini lebih baik daripada sebelum ini..

-Wise Words from senpai HZ '97-

Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah

Tuesday, 28 May 2013

Senyuman

Assalamualaikum...



1) Mengelakkan darah tinggi & penyakit jantung
2) Membawa perubahan kepada diri
3) Menambah keyakinan diri
4) Memupuk kreativiti

"Senyum dengan sesiapapun walaupun orang itu mungkin kita tidak senangi"


"Senyummu di depan saudaramu adalah sedekah"


Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah

Friday, 12 April 2013

Ayuh.. Kita renungkan..!





 Wahai Manusia  ...
     

Ohhh.. indahnya hidup ini...bila aku lapar..aku akan cari makanan, buah-buahan dan apa aja yang boleh mengenyangkan perut aku. Halal atau haram ????...aku tak kesah..semuanya halal bagi aku.

Aku boleh bergaul dengan bebas....jantan atau betina..sama saja..
yang penting ...nafsu aku puas...hidup aku enjoy..

Aurat..???? ahhh...tak payah susah-susah...tutup sikit-sikit sudahlah... Zaman moden kan...aku memang dari dulu sampai sekarang tak kesah dengan aurat pun...!!!


Kalau tuan/puan nak jadi aku...jom ikutlah cara hidup aku.....
Cuma aku hanya seekor binatang..kalau mati tak masuk neraka..
Tapi tuan /puan adalah manusia...kalau mati tentu masuk neraka ..

Ok lah...aku nak rehat ni,tapi tolonglah fikirkan pesanan aku ini... !!

-Pesanan daripada beruk kesepian 



Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah

Monday, 1 April 2013

Sindiran Pedas



Jangan disangka blog, FB dan penulisan tidak mampu menyindir pedas!

Sindiran pedas....

Walau hanya dengan SATU sindiran, walau tidak sengaja, walau tiada niat untuk menyindir sekalipun, namun KEPEDASAN sindiran atau kata-kata sudah cukup MELUKAKAN hati seseorang.

Sakit hati bukan?
Pernah terasa?

  Namun, apa yang menjadi isu perlukah sindiran dalam hidup kita?
Bentuk sindiran bagaimana yang dibenarkan dalam islam?

  Benar, ada sindiran berbentuk negatif dan ada pula negatif.
Benar, Al-Quran sendiri banyak menyindir manusia termasuklah diri ini.
Benar, hatta Rasulullah SAW sendiri pernah menyindir keluarga dan sahabat Baginda.

PEDAS ATAU TIDAK?

  Nak tahu pedas atau tidak bergantung pada individu. Orang-orang tua suka kecohkan ayat ini sampai jadi peribahasa :

"Siapa makan cili, dia yang terasa pedas!"

Tahap kepedasan boleh dinilai jika ada respon seperti :


  •  Mengutuk dalam hati
  •  Menyumpah!
  •  Menangis
  •  Baling barang
  • Angkat tangan, tak kisahlah tampar atau hentak-hentak kaki keyboard balas komen                                                        


PERLUKAH SINDIRAN DALAM HIDUP?

Terpulang kepada kita bagaimana untuk menghadapi, menangani serta menginterpretasikan sindiran tersebut.

  Jika kita seorang yang positif dan sabar, maka sindiran pedas menjadi positif dan tidak mustahil menjadi penanda aras kepada diri kita untuk berubah menjadi insan yang lebih baik untuk menghadapi hari esok berbanding siapa kita pada hari ini. InsyaAllah...

  Mungkin ada di antara kita yang menginterpretasikan kata-kata tersebut sebagai nasihat , peringatan mahupun pesanan.

  Menggunakan kata-kata tersebut untuk menyindir seseorang yang dirasakan 'insan' tersebut perlu ditegur secara sindiran?

Wallahu'alam.

SINDIRAN DARIPADA SAYA!

Di kesempatan ini, sambil melemparkan senyuman, saya juga ingin menyampaikan sindiran saya kepada sesiapa yang terasa :

"KALAU ANDA TIDAK SUKAKAN KEBAIKAN JANGAN HALANG ORANG LAIN LAKUKAN KEBAIKAN!"

Kalau islamik sikit :

"KALAU TAK MAMPU MENJADI PENOLONG,  JANGAN SAMPAI JADI PENGHALANG AGAMA ALLAH!"

Kalau ambil ayat al-Quran :

"Hampir-hampir (neraka) itu terpecah-pecah lantaran marah. Setiap kali dilemparkan ke dalamnya sekumpulan (orang-orang kafir), penjaga-penjaga (neraka itu) bertanya kepada mereka: “Apakah belum pernah datang kepada kamu (di dunia) seorang pemberi peringatan?” - ayat 8, surah al-Mulk.



P/s :: Penulis asal : Muslim Doktor


Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah

Friday, 15 February 2013

Tsiqah

 Assalamualaikum...
Teringat pada Usrah Keluarga semasa Abg Am cuti semester thn lepas.. Perkongsiannya cukup menarik dan saya juga catat apa dia bagitahu.. Perkongsian saya kat blog kali ni adalah hasil nukilan ayah yang yang telah menaipnya dalam laptop..

Thiqah = Kepercayaan/Keyakinan

 TSIQAH
1.     Thiqah  kepada Allah

-         Apa yang ada pada Allah jauh lebih hebat dari apa yang ada pada dirinya
-         Yakin dengan pertolongan Allah
-         “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung”
                                     Hadith Sahih

2.     Thiqah kepada pertolongan Allah.

-       Wajib meyakini Allah akan memenangkan dan akan memuliakan agamanya meskipun seberapa panjang masa itu harus ditempuhi serta seberapa kuat kekuasaan yang  bathil
menghalanginya.
-        Mesti meyakini Allah bersama orang-orang yang beriman, menolong, menunjukkan, memenangkan, menguatkan dan membantu mereka ketika orang sekitar menjauhinya.
-        Ketika tentera bumi tidak ada yang bangkit bersma mereka, Allah turunkan kepadanya  tentera dari langit yang berlipat ganda.
-        Orang yang paling beraqidah merekalah yang paling percaya dengan apa yang dijanjikan oleh Allah swt.

3.     Thiqah kepada Pahala Allah

-        Seorang Muslim sejati mesti yakin setiap langkah yang dijalani, selagi berada diatas jalan Allah dengan ikhlas dan apa saja aktiviti yang dijalankan serta ujian yang menimpanya, Allah akan mencatatkan perbuat tersebut dengan balasan pahala yang paling besar.

4.     Thiqah kepada Syariah Allah swt.
-       Bagi seorang Muslim, tidak akan mungkin dapat  bergerak dan bertindak mengingkari hawa nafsunya, tanpa terlebih dahulu memiliki rasa qana'ah (penerimaan yang mantap) bahawa dia sedang melaksanakan syariah yang mengandungi kebenaran.

5.     Thiqah kepada Pemimpin.

-        Bagi akhie Muslim, ia harus menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada pemimpin mereka dengan kepercayaan bersama tanpa akhir dan tiada batasannya.

6.     Thiqah kepada Tentera  (Rakan seperjuangan)

-       Bagi Muslim sejati, kita mesti memiliki rasa percaya  atau tsiqah dengan orang yang berjalan bersamanya (dalam satu perjuangan) tanpa meremehkannya.. Bahkan dia harus meyakini sahabat seperjuangan adalah 10 x lebih baik dari orang yang tidak duduk dalam tanzim jemaah.

7.     Thiqah kepada diri sendiri.

-       Seorang tentera (Jundi) percaya dengan dirinya sendiri dan mengetahui bahawa perjalanannya di jalan Allah adalah denganmelaksanakan syari’ahNya.Ini bererti dia tetah menetapkan pilihan dirinya di atas jalan para mujahidin.





Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah
    

Monday, 4 February 2013

Nasihat Abang

 Assalamualaikum...

Dorongan dan nasihat Abg Am ku

 Prefect Form 2 batch '13
Rakan seperjuangan...

Kita ada kewajipan yg mesti dilaksanakn dan kita ada kemampuan utk melaksanakn kewajipan itu

Ambil peluang sebaiknya. Belajar cara memimpin orang dan rendahkn diri dlm memikul amanah.
Bergaul dengan semua jenis manusia. Sama ada geng baik atau geng nakal. Mereka semua adalah manusia yg perlu kita bawa kpd Allah. Cuma pandai2 lah dlm memilih teman.
Hormati guru dn beri komitmen sepenuhnya pd tugas. Adil dn tegas dlm menjalankn amanah dn niatlah ikhlas kerana Allah.
Kukuhkan iman dan tambahkn ilmu kerana inilah sebaik bekalan bagi insan yg bergelar daie.
Moga Allah membantumu adik dlm fasa peningkatan diri ni. Terus kuat walaupun ummi sudah tiada lagi di sekolah kerana Allah sntiasa ada
 


Kefahaman Islam aka Mohd Afham Mohd Ariff

Thanks big brother.. Your words inspired me a lot.. =D

Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah