Wednesday 5 February 2014

MaulidurRasul 1435H

 Assalamualaikum

Alhamdulillah.. Syukur pada Ilahi sebab kita masih berkesempatan untuk menyambut hari kelahiran junjungan kita, Nabi Muhammad SAW. Salam dan selawat ke atas baginda.. 

Walaupun bulan Rabiulawal dah sampai ke penghujungnya, tetapi itu tak bermakna hari-hari yang kita berselawat kepada baginda pun berakhir.. Salah sama sekali! Kita tetap harus berselawat ke atasnya setiap hari. 

Kalau takde masa sangat untuk berselawat ke atas Rasulullah, ummi ajar untuk baca selawat sebelum tidur. Selalunya orang kata, kalau tak boleh tidur, kita kene bilang haiwan biri-biri menggunakan imaginasi kita.. Tetapi sebagai umat Nabi Muhammad, amat baik lagi kalau kita berselawat ke atasnya sehinggalah kita terlelap. Pahala pun dapat..! Nak pahala free tak??

Alhamdulillah juga sekolah saya dah buat Majlis MaulidurRasul + Majlis Kesyukuran Pelajar PMR 2013 seramai 64 org. Makan gulai kawah lah hari tu. Setiap pagi, program kami semasa perhimpunan ialah berselawat di bawah pimpinan saudara Qayyim Nizar.. Kenal tak?? 

Inilah Qayyim, Naib Johan Adik-adikku 2010
Sekarang dah ada album sendiri.. [tepuk tangan sikit]