Friday 22 March 2013

'Running Through The Village III' Keputusan + Rumusan

 Assalamualaikum...

13 Lelaki


 13 Perempuan


 15 Lelaki


15 Perempuan


18 Lelaki


18 Perempuan





MORAL OF THE ENTRIES

Sangatlah penting untuk kita beriadhah kerana beriadha juga termasuk dalam ibadat.. Jadi, kalau ada akiviti sukan di sekolah, bermainlah dengan penuh semangat .. Mari kita amalkan..


"Orang mu'min yang kuat itu lebih disukai Allah daripada mu'min yang lemah"
-maksud hadith-

"Dua nikmat yang sering manusia tertipu oleh kerananya iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang"
-maksud hadith-

Tidak memberi apa-apa erti kita mempunyai fizikal yang kuat jika kita tidak patuh pada suruhan Allah. Maknanya, jika kita terlalu taksub untuk 'menjaga kesihatan' sehingga terabai daripada melakukan perkara yang disukai Allah, ianya adalah sia-sia belaka.. Sebab itu kita harus perbetulkan niat kita untuk menggunakan badan yan sihat bagi beribadah kepadaNya. Lagi pun, mempunyai jasmani yang kuat (Qawwiyul Jismi) termasuk dalam 10 Muwasafat Muslim..

"Katakanlah Muhammad, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan seluruh alam."
(Surah Al-An'am: ayat 162)


Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah

'Running Through The Village II' Sahabat Ver.

Assalamualaikum...

Seperti yang saya cakap pada entri yang lepas, entri ini, adlah khusus kepada kawan-kawan saya saban hari meminta saya supaya memasukkan gambar 'posing' sebelum dan selepas Majlis Penyampaian Hadiah bagi pemenang-pemenang larian merentas desa ni..

I present to you.....










 Primary school Juniors

Mahfuzah Hamizah

Najah Fareeha

Nor Shafiqah

Faezatul Atiqah

Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah

'Running Through the Village' Dewan Ver.

Assalamualaikum...

Apa la tittle yang Fuzah letak ni..!?
Haaa!! " Running through the village " ni, maknanya MERENTAS DESA la.
Kenapa la translate kepada bahasa Inggeris pulak? Merosakkan bahasa ibunda aje.
Biar 'classy' sikit bunyinya... Huhu.

Adoyaii.. Ape la yang aku merepek ni??


Okay, serius..................

Ehem ehem.. Sebenarnya saya nak cerita pasal Larian Merentas Desa yang dah berlangsung minggu lepas lepas. Kenapa dua kali perkataan 'lepas' ? Untuk menunjukkan bahawa larian merentas desa ni dah lama berlalu. Banyak yang saya nak cerita, tetapi tak tahu nak karang apa. So biar gambar yang bercerita..

" Setiap gambar ada kisahnya " - [siapa-cakap-ni?]


 Laungan 1 Murid 1 sukan





 Mempersembahkan... Cikgu zawawi, pembakar semangat Hambali

Monday 18 March 2013

Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen


Assalamualaikum...

Dari kiri : Ckg Ghazali (pemilik blog KM7 ) , Ammar Hazim, Sharifuddin, Anis, Fatimah, Fatini, Aqil, Amer, Shairazi dan Muaz (Spm '12)


Selesai sudah pertandingan bahas bahasa Melayu ala parlimen peringkat ppd Kota Bharu.Pasukan bahas SMKAM telah mendapat tempat ketiga,manakala johan SMKA Naim lilbanat dan naib johan SMK Ahmed Maher.Tahniah kepada semua.

Tahniah kepada pasukan SMKAM yang telah memberikan saingan sengit,biarpun kesemua  pesertanya adalah muka-muka baru yang bakal menjadi pelapis untuk pertandingan tahun-tahun akan datang.

Terima kasih kepada semua yang telah memberikan tunjuk ajar dan sokongan.Menang kalah adat pertandingan.Semoga pertandingan kali ini memberikan pengalaman berguna kepada semua.Segala pengalaman sepanjang latihan dan pertandingan menjadi kenangan kerja berpasukan yang sukar dilupakan.

Semoga pasukan bahas SMKAM akan terus maju.Kepada pasukan yang akan mewakili ppd Kota Bharu...semoga berjaya!


Credit to : Cikgu Ghazali


Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah

Saturday 16 March 2013

O tanjō-bi Omedetōgozaimasu To Me

Alhamdulillah..! I'm FORTEEN..

Assalamualaikum.. 13/03/13 lepas adalah BIRTHDAY saya! Syukur atas nikmat Allah kerana saya masih bernafas, menjalani kehidupan dengan normal dan sihat wal afiat.


 A card from Along

 Angah..

And Abg Am..



Words from angah



Time grows fast. weather we realize or not. she'd become 13 on March,13 2013. a new start for a new journey. we always have an image of little Ijah in our mind. feeling that she'll always being our little sister. but she'd grown up. being a girl, with her own dream. catching her new experiences of life. building her own identity..

Dear sister,

Happy 14th Birthday!!
fly my girl. sharpen your wing and explore the sky. curve your own story at the cloud and speed up your engine to reach your dream. we will always support you.

Love,
your sister..
Mahfuzah Hazirah Ariff,
Makassar,13 March 2013


Words from Abg Am

Selamat Hari Lahir buat adikku.. Moga Allah sentiasa memberkahimu.. Jadilah wanita yang didambakan islam. Moga kejayaan dan kebahagiaan sentiasa mengiringimu.


Words from Along

HAPPY BIRTHDAY little sister.. May Allah bless u. i love you like i always do.. ♥


Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah

Friday 8 March 2013

Kelas Multimedia

Assalamualaikum...

Untuk makluman semua, sebenarnya saya telah sertai Kelas Multimedia yang dikendalikan oleh pelajar Smkam sendiri, sejak bulan Februari. Tenaga pengajarnya, Syazwi (lepasan SPM 2012), Aqif Ronzi dan Shauqi ( ketua pengawas Smkam '13 ). Hebatkan diorang..? Sanggup luangkan masa, temaga dan wang semata-mata nak ajar kami pelajar2 yang kurang mahir. Huhu..

Kelas ni sekali 2 minggu iaitu minggu pelajar asrama tak balik rumah. Hari Jumaat, 8.15 pg - 12.15 tgh hari. Ahli kelas ni ramai jugak, tapi perempuan 5 orang jer. Tu pun seorang kawan saya nak keluar. Tapi takpelah.. Nak buat camne.

Banyak jugak yang saya dah mahir ber'main' dengan application2 seperti Cyberlink, Photoshop dll (yang lain tak belajar lagi)

So, hari Jumaat 8/3/13, lepas kitorang belajar guna photoshop, senior2 buat la pertandingan buat flyer ' Selamatkan Syria ' guna idea sendiri. Dan hasilnya .........




Biasa jer.. Tapi ok gak.. hihi

 Saje jerr


Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah

Kompilasi Telatah Nephews-ku

Assalamualaikum...

Sebenarnya, ini adalah cerita-cerita Umar dan Amin yang Along post dekat Facebook dan blog.. banyak sangat yang menarik dan menggelikan hati, tetapi, yang saya share dekat blog ni, kebanyakannya adalah yang terkini.. So enjoy yourself.

1) Semalam, abi umar sedang minum air di dapur..tiba2 umar dtg..

Umar : abi2.. Umar nak sunat!
Abi : hah?! (sampai tersedak minum air)
Umar : umar nak sunatla abi...
Abi : umar nak sunat? Betul
Ke ni?
Umar : haa ye betul.nak potong...
Abi : okey nanti kita sunat...

Hehe..lucu juga si umar ni.macam main2 je.. Apakah kamu tahu hakikat itu mar?
(pengaruh cerita upin ipin?


2)




Masa mandi ptg tadi, umar dan ahmad mandi sama2...sdg asyik mengemas, terdengar umar dan ahmad bising2...rupanya umar tgh punggah air dalam sinki jirus kepala ahmad sambil cakap - "allah buat mata, Allah buat rambut, Allah buat hidung, Allah buat daghah (darah-perkataan wajib umar), Allah buat telinga..semua Allah buat..".. Sambil adik bising seronok si abg jirus...

Umar2...bagus dia pilih tempat nak tarbiah adik dia..~_~


3) Pagi semalam, sampai pintu pagar sekolah, Umar menangis-nangis tak nak pergi sekolah. Meraung-raung. Sampai kena dukung dengan aunty dia. Sayu rasa hati. Kemudian, tengahari bila ambil umar dari sekolahnya, dia melambai-lambai riang dari kelas..

"ummi2..ni kawan umar. He's from Pakistan.." sambil peluk kawan dia...

"alhamdulillah..umar dah seronok nak pergi school?"

"yea seronok sangat..esok nak pergi school lagi....."

kemudian pagi ini, Umar menangis lagi.Seakan-akan lupa kata-kata dia semalam..hem. Semoga Allah gembirakan kamu di kelas hari ni dan esok, tiada tangisan lagi...


4)



Amin sekarang, dah berusia mencecah 2 tahun..Amin panggil Abi & Ummi.." Terr..' ...Wallahuallam apalah maksudnya..heheh..yang penting kelakar je bila Amin panggil ummi...Terr..Terr..nak susuuu..
hehehe...Amin suka menonton kartun terutamanya Dora The Eplorer, Upin Ipin..dan alhamdulillah..sekrang menunjukkan minat pada program Muslim Kid School...program Aliff, Ba, Taa...


5) Esok, Umar Al-Fateh genap berusia 3 tahun... ummi masih berfikir2 apalah hadiah untuk Umar nanti. Bila di tanya pada umar :-

Ummi : Umar, hadiah ulangtahun umar nanti, umar nak apa?
Umar : Umar nak aeroplane...

dilain waktu, bila di tanya lagi...

Ummi : Umar, hadiah ulangtahun umar nanti, umar nak apa?
Umar : ermm.. umar nak ultramen...

Begitulah berulang-ulang. makin diulang tanya, makin lain dijawabnya.. =) moga Allah kurniakan umar ketetapan hati ye..

6) Sesi hafalan umar...

umar sebut macam ummi, khairukum khairukum li ahlihi.. 

Umar dengan laju sebut..
Kolimu kolimu li ahlihi..

Bukan umar. Khairukum khairukum...

Ok..qorimu qorimu...

~_~




#Actually byk lagi post yg kak long update kan.. Tapi, saya tak jumpa sbb banyak sangat post yang lain dekat timeline kak long.. Takpela. Nanti saya akan updatekan banyak lagi kat blog ni.. 
By the way, semua yang saya tulis kat atas adalah bersumber daripada FACEBOOK & BLOG KAK LONG sendiri..

Link blog Kak Long :: http://ourkhalifatullah.blogspot.com/

Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah