Showing posts with label MY READINGS. Show all posts
Showing posts with label MY READINGS. Show all posts

Saturday, 17 January 2015

Tips Berurusan Dengan Lelaki

Assalamualaikum...

Tips-tips ini telah dikongsi oleh seorang sahabat yang amat disenangi oleh kaum wanita dan disegani oleh kaum lelaki. Semoga dengan mengamalkan perbatasan perhubungan ini, akan lebih suci bagi hati kita dan bagi hati mereka.

Sama-samalah kita menjaga hati.

1.    Elakkan berurusan dengan lelaki.

Kalau ada peluang untuk minta tolong dengan perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain-lain, maka terpaksalah minta tolong dari orang lelaki.


Kalau dalam pembelajaran, selalunya ada budak lelaki yang mahir dalam sesuatu subjek. Maka kita kena betulkan niat untuk belajar semata-mata sebelum merujuk mereka.

2.  Guna Perantaraan

Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil.

Gunakan perkataan-perkataan formal, bukan bahasa pasar. Contoh: Maaf, (bukan sorrie..), Terima kasih (bukan time kaceh).

Lagi satu takyah la buat smiley face ke (^_^), gelak2 ke (hihihih), dan lain-lain yang kurang berfaedah.
Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki.

Sampai Allah pun kena sound kat orang perempuan supaya keraskan suara. Rujuk qur’an surah Al-Ahzab ayat 32:

 “Wahai isteri-isteri nabi, kamu bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang baik.


Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, lembut-lembutkanlah suaramu dan lihatlah kesannya.

Apabila arahan ini diberi kepada isteri-isteri nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan itu untuk mencapai darjat yang sama seperti mereka, darjat wanita-wanita yang bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih. 

Best bukan?

3. Tundukkan Hati

Apabila terpaksa berurusan dengan lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tertarik kepada kita.

Waktu berdepan dengan mereka, banyak-banyaklah berdoa, 

Ya Allah, janganlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan.”

4. Tundukkan Pandangan.

Jangan tertipu dengan communication skills yang kita belajar kat universiti dulu; “make eye contact with the person you’re talking to”.

Benda tu applicable kalau kita becakap dengan orang yang sama jantina sahaja.  Kalau ada eye contact dengan orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati theory “dari mata turun ke hati” tu betul.

So, be careful dengan pandangan mata.
Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dengan isteri-isteri nabi.

Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53; 

 “….Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri-isteri nabi, mintalah dari belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka..”

Kita bukan disuruh membawa tabir ke mana-mana kita pergi. kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah pandangan dengan buku ke, ngan file ke.

Kita lihat betapa Allah sangat ambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tak tewas ke dalam kemungkaran.

Kalau kita pun nak jadi sehebat diorang, kenalah buat apa yang diorang buat.
Takkan nak tunggu Allah sebut nama kita dalam Qur’an baru nak buat kot. 

Contoh: “Wahai Cik Hasni.. taatilah suamimu…” Isk2. tak layak nya…

5. Cepatkan Urusan.

Ni mungkin applicable kepada students atau orang yang dah kerja yang terpaksa berurusan dengan team mate lelaki. Dah tak boleh elak, dia je team mate kita.

So, apa-apa kerja yang nak dibuat bersama, buat je la keje tu. Takyah nak borak-borak, tanya hal peribadilah, gelak-gelaklah, buat lawaklah.. tak perlu  dan tak perlu.

Siapkan kerja cepat-cepat, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional.

Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat pada perintah Allah dan takutkan hari pembalasan.
Jaga diri, hiasi peribadi.

P/s: Pesanan sahabat kepada sahabat… :-)


Salam Ukhuwwah Fillah


Monday, 13 May 2013

Coret-Mencoret Kejap

Assalamualaikum...
Nak cakap sikit.. Tapi rahsia..

"Kadang-kadang, masa berbual dengan kawan-kawan, ada la diantara mereka yang bagitahu bahawasanya ada orang yang berlainan jenis daripada kaum perempuan, mesej dia, tak kisahlah melalui SMS or FB.. Entahlah, saya sendiri tak tahu niat diorang ni apa, nak bagitahu orang lain pasal 'orang yang berlainan jenis' tu mesej dia.. 

Siap bercerita tentang isi kandungan mesej tu lagi.. Blablabla.. Potpetpotpet.. I'm sorry to say, tapi kadang-kadang, terfikir jugak di lubuk hatiku yang kecil lagi tersorok dari pandangan mata, 'Diorang ni nak bagitau aku yang ada orang syok dekat dia ke? Nak bagitau yang dia ada peminat? Nak bagitau yang dia femes?'  - Seriously???? Oh please!! Tak hairanlah.

Tolonglah, jangan disebabkan mesej yang sebegitu, kita nak jadi SS (syoksendiri). Sampai rasa yang kita ni ramai peminat lalu mula wujud perasaan takabbur atau rasa tinggi diri. Allah tak suka tau.. Benda-benda camtu, elok tersimpan dalam hati jer walaupun bagi kita, mesej-mesej yang kita terima tu hanya perkara remeh temeh.. Tak tahulah kalau anda semua faham ke tak apa yang saya tulis ni.."

#Cut&PasteJerr.. HarapMaklum

Saya baca daripada status orang lain. Dan saya tertarik dengan status ni sebab memang pernah terjadi dekat sekeliling saya pun ; orang yang suka bercerita tentang mesej2 dia dengan budak lelaki..
Ayat asal juga telah diubahsuai sedikit untuk kesusaian pembaca dan ada sedikit tambahan daripada saya sendiri.. Ngeh3


Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah

Wednesday, 10 April 2013

Sentuhan Nurani di KASeH Kelantan


BACHOK, KELANTAN, 1 Apr 2013 - Seramai 121 pelajar sekolah rendah telah berkampung selama tiga hari dua malam di Tanjung Chap Beach Resort di sini dari 25 hingga 27 Mac untuk menyertai Kem Anak Soleh (KASeH) yang dianjurkan oleh Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) cawangan Negeri Kelantan.
Menurut pengarah kem, Cik Nurul `Atiqah Mahmud, peserta telah datang dari seluruh pelusuk Kelantan termasuk Gua Musang dan Tanah Merah. Kem yang dijayakan bersama 20 fasilitator lelaki dan perempuan itu membawa tiga misi utama. Pertama, menerapkan nilai-nilai Islam kepada anak-anak dalam aspek aqidah, ibadah dan akhlak melalui sirah. Kedua, menanam dan memantapkan akidah anak-anak serta kefahaman mereka tentang kepentingan dan keperluan solat. Yang terakhir, untuk mencungkil bakat, potensi dan kebolehan mereka ke arah kebaikan.
Antara aktiviti yang mendapat sambutan hangat peserta ialah Malam Cilik Muslim, Slot Anak Soleh, Kembara Kasih dan Modul Al-Fatihah. Encik Jumat Mat Salleh daripada Puncak Himmah Consultancy telah bersama adik-adik peserta dalam Slot ‘Warkah Buat Ibu Ayah’ sebelum pulang ke Sabah.
Salah seorang peserta perempuan 12 tahun, Amani Nasuha Che Adnan amat menyukai slot tersebut. “Paling menyentuh hati sekali adalah semasa aktiviti dengan abang Jumat. Selepas slot tu, barulah saya sedar tanggungjawab saya sebagai anak. Masa tu juga, saya tak sabar nak balik sebab nak cium, peluk dan minta maaf dekat mama dan abah. Dan saya juga nak ucap banyak-banyak terima kasih kat mama dan abah sebab hantar saya kat kem ni,” kata adik Nasuha dengan sebak.
Menyentuh perasaan apabila salah seorang peserta perempuan, Tengku Farah Anisha Tuan Zaki, 12 tahun berkata, “Saya tak nak pergi kelas tambahan sebaliknya saya ke kem ini. Kalau saya tak sertai, saya dah tak ada peluang untuk melalui zaman kanak-kanak saya. InsyaAllah, Allah akan bantu saya dalam UPSR nanti.”Dengan keyakinan yang jitu, Farah menjawab persoalan kenapa memilih untuk menghadiri Kem Anak Soleh. Adik Farah juga mengatakan inilah kali pertama dan kali terakhir dia menghadiri kem seperti ini memandangkan beliau akan memasuki sekolah menengah selepas ini.
Mengikut kepada perancangan, pihak penganjur mungkin akan mengulangi lagi Kem Anak Soleh untuk sesi ke-2 pada cuti sekolah akhir tahun nanti kerana sambutan yang hangat. Keberhasilan matlamat kem ini mungkin telah tercapai apabila melihat sikap adik-adik peserta yang berubah ke arah lebih baik menjelang akhir kem. Ada di antara mereka yang menerpa, memeluk dan meminta maaf kepada ibu ayah, serta adik-beradik mereka di akhir program. 

Laporan Nurul Zati Amani Mahmud, KeARAH Kelantan 
Antara slot yang mencungkil daya kreativiti peserta

Monday, 1 April 2013

Sindiran Pedas



Jangan disangka blog, FB dan penulisan tidak mampu menyindir pedas!

Sindiran pedas....

Walau hanya dengan SATU sindiran, walau tidak sengaja, walau tiada niat untuk menyindir sekalipun, namun KEPEDASAN sindiran atau kata-kata sudah cukup MELUKAKAN hati seseorang.

Sakit hati bukan?
Pernah terasa?

  Namun, apa yang menjadi isu perlukah sindiran dalam hidup kita?
Bentuk sindiran bagaimana yang dibenarkan dalam islam?

  Benar, ada sindiran berbentuk negatif dan ada pula negatif.
Benar, Al-Quran sendiri banyak menyindir manusia termasuklah diri ini.
Benar, hatta Rasulullah SAW sendiri pernah menyindir keluarga dan sahabat Baginda.

PEDAS ATAU TIDAK?

  Nak tahu pedas atau tidak bergantung pada individu. Orang-orang tua suka kecohkan ayat ini sampai jadi peribahasa :

"Siapa makan cili, dia yang terasa pedas!"

Tahap kepedasan boleh dinilai jika ada respon seperti :


  •  Mengutuk dalam hati
  •  Menyumpah!
  •  Menangis
  •  Baling barang
  • Angkat tangan, tak kisahlah tampar atau hentak-hentak kaki keyboard balas komen                                                        


PERLUKAH SINDIRAN DALAM HIDUP?

Terpulang kepada kita bagaimana untuk menghadapi, menangani serta menginterpretasikan sindiran tersebut.

  Jika kita seorang yang positif dan sabar, maka sindiran pedas menjadi positif dan tidak mustahil menjadi penanda aras kepada diri kita untuk berubah menjadi insan yang lebih baik untuk menghadapi hari esok berbanding siapa kita pada hari ini. InsyaAllah...

  Mungkin ada di antara kita yang menginterpretasikan kata-kata tersebut sebagai nasihat , peringatan mahupun pesanan.

  Menggunakan kata-kata tersebut untuk menyindir seseorang yang dirasakan 'insan' tersebut perlu ditegur secara sindiran?

Wallahu'alam.

SINDIRAN DARIPADA SAYA!

Di kesempatan ini, sambil melemparkan senyuman, saya juga ingin menyampaikan sindiran saya kepada sesiapa yang terasa :

"KALAU ANDA TIDAK SUKAKAN KEBAIKAN JANGAN HALANG ORANG LAIN LAKUKAN KEBAIKAN!"

Kalau islamik sikit :

"KALAU TAK MAMPU MENJADI PENOLONG,  JANGAN SAMPAI JADI PENGHALANG AGAMA ALLAH!"

Kalau ambil ayat al-Quran :

"Hampir-hampir (neraka) itu terpecah-pecah lantaran marah. Setiap kali dilemparkan ke dalamnya sekumpulan (orang-orang kafir), penjaga-penjaga (neraka itu) bertanya kepada mereka: “Apakah belum pernah datang kepada kamu (di dunia) seorang pemberi peringatan?” - ayat 8, surah al-Mulk.



P/s :: Penulis asal : Muslim Doktor


Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah

Monday, 18 March 2013

Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen


Assalamualaikum...

Dari kiri : Ckg Ghazali (pemilik blog KM7 ) , Ammar Hazim, Sharifuddin, Anis, Fatimah, Fatini, Aqil, Amer, Shairazi dan Muaz (Spm '12)


Selesai sudah pertandingan bahas bahasa Melayu ala parlimen peringkat ppd Kota Bharu.Pasukan bahas SMKAM telah mendapat tempat ketiga,manakala johan SMKA Naim lilbanat dan naib johan SMK Ahmed Maher.Tahniah kepada semua.

Tahniah kepada pasukan SMKAM yang telah memberikan saingan sengit,biarpun kesemua  pesertanya adalah muka-muka baru yang bakal menjadi pelapis untuk pertandingan tahun-tahun akan datang.

Terima kasih kepada semua yang telah memberikan tunjuk ajar dan sokongan.Menang kalah adat pertandingan.Semoga pertandingan kali ini memberikan pengalaman berguna kepada semua.Segala pengalaman sepanjang latihan dan pertandingan menjadi kenangan kerja berpasukan yang sukar dilupakan.

Semoga pasukan bahas SMKAM akan terus maju.Kepada pasukan yang akan mewakili ppd Kota Bharu...semoga berjaya!


Credit to : Cikgu Ghazali


Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah

Thursday, 14 February 2013

Kengerian Saat Melintasi Shirathal Mustaqim

"KENGERIAN SAAT MELINTASI SHIRATHAL MUSTAQIM"

Pernahkah kita membayangkan menyeberangi sebuah jembatan yang begitu kecil dan tipis seukuran sehelai rambut dibelah tujuh? Begitulah kira-kira kalau kita mengumpamakan Jembatan Shirthal Mustaqim kelak. Sebuah jembatan yang akan menghubungkan Surga dan Neraka.

"Rasulullah SAW mengumpamakan bahwa sifat titian itu adalah lebih tipis daripada rambut dan lebih tajam daripada pedang." (HR. Ahmad)

Lalu seperti apakah kelak umat manusia dapat melintasinya?
Perjalanan umat manusia di atas Sirathal Mustaqim dapat ditempuh dengan bermacam-macam keadaan. Hal itu tercermin dari bagaimana mereka menghabiskan semua waktunya saat hidup di dunia. Berikut adalah macam-macam golongan manusia yang melintasinya:


- Ada golongan yang dapat melintasinya secepat kilat.
- Ada golongan yang dapat melintasinya seperti tiupan angin.
- Ada golongan yang dapat melintasinya seperti burung terbang.
- Ada golongan yang dapat melintasinya seperti kecepatan kuda lomba.
- Ada golongan yang dapat melintasinya secepat lelaki perkasa.
- Ada golongan yang dapat melintasinya secepat binatang peliharaan.
- Ada golongan yang dapat melintasinya dalam jangka waktu sehari semalam.
- Ada golongan yang dapat melintasinya dalam waktu selama satu bulan.
- Ada golongan yang dapat melintasinya selama bertahun-tahun.
- Ada golongan yang dapat melintasinya selama 25 ribu tahun.
- Ada golongan yang dapat melintasinya dengan tertatih-tatih.
- Ada golongan yang langsung terjatuh ke jurang api Neraka.

Rasulullah SAW bersabda, "Dan diletakkan sebuah jembatan di atas Neraka Jahannam, lalu aku dan ummatku menjadi orang pertama yang meniti di atasnya. Para Rasul berdoa pada hari itu: ‘Ya Allah, selamatkan! Selamatkan! Di kanan kirinya ada pengait-pengait seperti duri pohon Sa'dan. Pernahkah kalian melihat duri pohon Sa’dan?"

Para sahabat menjawab, "Pernah, Ya Rasulullah."

Lalu Rasulullah SAW melanjutkan, "Sesungguhnya pengait itu seperti duri pohon Sa'dan, namun hanya ALLAH yang tahu besarnya. Maka banyak ummat manusia yang disambar dengan pengait itu sesuai dengan amal perbuatannya di dunia." (HR. Muslim)

Thursday, 31 January 2013

A Poem For Rasulullah SAW

 Assalamualaikum...

Oh, how my heart yearns
To see the one
Called the Best of Creation!

To sit by his noble feet
And feel the tranquility
That radiates from
His blessed body

Oh, how my heart aches
To see the one who has saved
Mankind through his intercession
On Judgment Day

His blessed words
Were like rains from the heavens
His manners were
Absolute and complete perfection

Oh, how my heart bleeds
For I have this desperate need
To feel his presence and
His blessings, indeed!

Every action of his was filled with Barakah, blessings
Every inch of him shone with Noor, light
A sigh of longing escapes from my lips
How I would love to see this sight!

Oh, how my heart longs
To be near the one
Who brought hope to a place
Where hopelessness reigned

To his Creator he had
A flawless submission
His perfect existence
Transcends human definition

Though I, in vain, attempt
To praise him and his perfect behavior
Surely no one can praise him better
Than his own Maker:

Ya Habib Allah, the Beloved of Allah!
Ya Bab Allah, the Door to Allah!
Ya Rasulullah, Messenger of Allah!

My eyes cannot help but cry
Bitter tears as I realize
My pitiful state of love
For the Beloved of Allah!




Always remember him...

- Poem reciting memories -


Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah

Wednesday, 23 January 2013

TEGURAN KAKAK


 This is a story that I Love and made me know how much my sisters love me.. Saranghae unii.. Hehe

___________________________________________________________________________


Sejak kecil perwatakanku(karekter) sangat berbeza (beda) dari kakak. Kalau kakak suka permainan yang lasak, diri lebih suka permainan yang keperempuanan seperti masak-masak. Kalau kakak itu banyak bicara orangnya, diri lebih suka diam tak berkata apa.. Ibarat kata arwah nenekku, kalau kakak pulang dari sekolah, seisi rumah maklum tentang kepulangannya. Kerana kakak pasti akan menyapa semua orang. Bertentangan halnya apabila diri yang pulang dari sekolah, semua orang juga tidak tahu kerana diri lebih senang diam dan berada di bilik (kamar). Awalnya juga hairan kenapa diri bersikap begitu, tapi fikirku mungkin kerana diri anak kedua, makanya miliki sifat yang  menyeimbangkan perwatakannya kakak.