Friday 30 May 2014

A Day Just for Teachers

 Assalamualaikum...

So, SMKAM dah sambut teacher's day pada 22 May 2014. Tahu tak tarikh bersuka ria tu sebenarnya juga merupakan tarikh hitam bagi form 3 students. Keesokannya start exam pertengahan tahun.!! Bayangkan betapa stressnya kami untuk luangkan masa pada hari guru dengan happy-happy tapi keesokannya akan exam. 

What a nightmare..

Tapi........................... 

Exam pun tak dapat nak halang saya daripada ambil gambar banyak-banyak.

Peace!
























Tuesday 20 May 2014

Ihtifal Again '14

 Assalamualaikum...

Ha!! Tengok tajuk pun boleh faham kan, tahun ni, saya pergi pulak Ihtifal. Dah tiga tahun straight saya sertai Ihtifal (?) ..

2012 - [jadi penonton jer.. bukan bertanding pun]
2013 - Bertanding Hiwaar
2014 - Kuiz Ilmu Wahyu

Tapi, Allah izin, saya tak menang pun dalam mana-mana pertandingan tu. [Sedih!!] Tapi, saya tetap bersyukur kalau tak menang pun. Maybe HE has a better plan for me. HE wants to teach me the word 'SABAR' and 'NEVER GIVE UP'. Takpun, Allah nak saya BERDOA kuat lagi kot. Biarpun setiap tahun saya pergi Ihtifal, tapi saya tak pernah bosan atau jemu pergi sebab setiap tahun banyak pengalaman baru saya dapat.

Boleh tengok sekolah orang lain [and sometimes feel bad about my own school]. Sebabnya best sangat boleh pergi ke suasana baru. Tahun ni, Ihtifal dibuat di SMK Bandar Kuala Krai. Tempat yang paling jauh saya pernah pergi untuk bertanding. Memang cantik sangat sekolah ni.

Antara perkara yang saya kagum semasa pergi ke SMK Bandar Kuala Krai:

1) Struktur bangunan macam universiti sebabnya berada di kawasan bukit
2) Sangat luas sampaikan saya selalu tersesat
3) Kantin sangat cantik dan ada banyak dekorasi
4) Musollanya besar sangat [boleh dikira macam masjid]
5) Ada berpuluh-puluh bilik [entahlah untuk apa]
6) dll






 Fuhh.. Penat la menaip. Saya nak bagi gambar pula yang bercerita. Boleh yer

Tuesday 13 May 2014

The 3rd Little Khalifatullah

 Assalamualaikum...

Apa khabar? Sihat? Alhamdulillah....
Tak sihat?? Syafakallah....


Alhamdulillah, saya ada berita gembira nak share. Good things are meant to  be shared, right? So, pada tarikh 6 May 2014, merupakan sebuah tarikh yang amat bersejarah bagi keluarga saya iaitu ulangtahun kelahiran Kak Ngah saya!! 

Tapi...................................

Bukan tu aje, 6 May 2014 juga merupakan kelahiran seorang lagi khalifah kecil dalam famili Along and this time, it's a GIRL.. Yay!!!

The name is AFWA RUMAISYA BINTI MOHAMAD HAZIMI. Mesra dipanggil Rumaisya atau Maisya. Fuuhhh.. Dah tua dah saya ni. Dah ada 3 orang anak sedara. Ngee...........


Sorry boys, ummi and abi said I can't date until I'm married


Posing atas karpet.. (kekeke  =P)






These little legs are meant to go to Masjid and Medan Ilmu




Big brother Umar yang suka sangat kiss Maisya.. That's his love to his little sis







Ahhh~~~ Love between siblings are so sweet.. <3
Mimpi apa tu Maisya..

They are my bodyguards. No one can ever hurt me

My LOVE

Be a good MUSLIMAH okay, Maisya...

Lots of LOVE, 
MaMa Sue aka Maa Chuu

Thursday 1 May 2014

15th Birthday Present..

Assalamualaikum...

Seperti dalam post lepas, saya masih ada hadiah tertunda sebab kena kumpul duit dulu.. And finaly...............

 
Canon Digital Rebel XTi with 70-200mm "L" series lens attached

Hihi.. Biasa jer.. Dah lama teringin..!
Bukan sesuatu untuk dibanggakan pun.. Just nak share sikit dekat sini.






#I'm_Still_Dreaming
#It_Will_Be_True_Someday


Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah