Friday 27 September 2013

'Kawad Kaki' Tournament SMKAM


Assalamualaikum...

Baru-baru ni sekolah saya ada buat pertandingan kawad kaki..
So, saya akan share sikit gambar dekat blog ni.... 

Peserta berbaris dan berkumpul di dataran dulu
Menadah tangan menaminkan doa untuk minta keberkatan daripada-NYA 
dan agar dipermudahkan segala urusan
Habisnya taklimat ringkas, pertandingan akan bermula
Persembahan hebat daripada Naib Juara : Pengakap
PPIM chaiyokk!!!
Another great team : PBSM
Huuuu.. Kami yang menonton dari atas
Johan pertandingan kawad kaki : Kadet Remaja
Mereka yang didenda selepas berkawad kerana 
kesilapan semasa pertandingan
Pink and white
Johan pertandingan Kawad Kaki (P) : Briged Bakti


Persembahan hebat daripada Persatuan Seni Silat Gayong

Persembahan Taekwondo
Menanti pengumuman pemenang
My friend's happy face after her team got 2nd place

Kadet Remaja's happy face after they're announced as the winners

Komander terbaik lelaki



Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah

Wednesday 18 September 2013

I LOVE YOU, Sweet Sister

 Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. Tanggal 18 September 2013, hari Rabu, Hari Jadi Along yang ke-28.
And for this really SPECIAL day, Abang Am tulis "Tentang Kakak" kami.. Kakak yang banyak melakukan pengorbanan buat kami adik-beradik. Kakak yang ambil berat perkara terkecil tentang kami sekeluarga..
Sungguh! Menangis baca kisah Along ni..
Her story of sacrifice and love will never end..  

#SayangAlongFromTheBottomOfMyHeart

*********************************************************************************
Nukilan : Abang Afham - kefahamanislam92.blogspot.com

Buatmu Insan Bernama Kakak 


    " Am tahu tak masa mesir sedang bergolak dulu, along selalu menangis bila teringatkan am. Along selalu tanya ayah apa perkembangan am. Selamatkah am kat sana? Cukup makankah? macam-macam lagilah. Setiap kali kami nak makan, mesti along teringatkan am. Terus dia mintak kat ayah suruh telefon am. " kata ayah kepadaku pada suatu hari.



Aku terkejut mendengarnya dari ayah. Dalam keadaan menduga aku membalas " Ye ke ayah. am call along rilek je. " Kata ayah " Memang la depan am along rilek sebab along tak nak am tengok along susah hati. Along perlu sentiasa kuat supaya dia mampu membela adik-adiknya. " Kata-kata ayah sangat terkesan dalam diriku. Peristiwa ini benar-benar berbekas dalam jiwaku. Tentang betapa besarnya kasih sayang seorang kakak kepada adiknya. 



Antara aku dan along

Kami berempat. Anak kesayangan ummi ayah

    Aku adalah anak ketiga di dalam keluargaku. Di hadapanku adalah kakakku yang kini merupakan seorang peguam dam seorang lagi adalah pelajar perubatan di sebuah universiti di Indonesia . Perbezaan jantina dan umur yang terlalu jauh membuatkan aku rasa terlalu ada jurang yang jauh dengan kakakku.Kadang-kadang ketika dulu aku selalu berimpikan seorang abang. Yang boleh menjadi teman bermainku. Yang akan memahamiku sebagai seorang lelaki. Tetapi kini aku sudah memiliki segalanya.


Allah memberi apa yang kita perlu, Bukan apa yang kita mahu


Along adalah seorang kakak yang sangat memahami diriku. Ketika aku masih di bangku persekolahan, tidak banyak masaku bersama along. Aku berada di asrama dan along pula di universiti. Kami jarang bertemu kerana waktu cuti yang berbeza. Tapi perkara ini tidak menghalang along untuk mengikuti perkembanganku. Bahkan dia lebih mengenali diriku berbanding diriku sendiri. 



Walaupun along seorang kakak, tapi dia juga memainkan peranan seperti abang. Ketika mana dulu aku pernah "diserang" oleh seniorku keerana kedudukanku selaku presiden badan dakwah sekolah, alonglah yang bangkit mempertahanku. Bagiku dia telah memainkan peranan lebih dari seorang abang. Mempertahankan maruah adiknya. Dialah kakakku, Dialah abangku. 

Sunday 15 September 2013

Selamat Datang Pemuda Akhirat



 "Dunia pergi menjauh dan akhirat datang mendekat. Kerana itu, jadilah kalian anak-anak akhirat, jangan menjadi budak-budak dunia. Sekarang waktunya beramal, dan tidak ada penghisaban. Sedangkan esok waktunya penghisaban, tidak ada amal."
- Saidina Ali -
 Selamat Datang Pemuda-pemudi Akhirat


Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah

Yakin pada Doa

Yakin pada kekuatan doa.
Sesungguhnya doa itu tiada sempadan.

" Tuhanmu berkata: Berdoalah kepadaku, nescaya aku perkenankan bagimu. "
(Mukmininun:60)

Doa, doa dan terus berdoa. Sesungguhnya tiada kerugian bagi mereka yang berharap kepada Tuhannya.

Pray for Egypt. Pray for Palestin. Pray for Syria. Pray for all Islamic world.

Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah