Showing posts with label MY EXPERIENCE. Show all posts
Showing posts with label MY EXPERIENCE. Show all posts

Friday, 6 January 2017

Memories in 2k16



6 Januari 2017
First post ever for the last 1 year and 5 months

Agak lama diri menyepi.. meninggalkan blog ini tak terusik dan tak terpena

Alhamdulillah, diri dah officially bergelar alumni SMKA Melor. Bila orang tanya....

'Tingkatan berapa' atau 'sekarang ni belajar kat mana',

skema jawapan untuk soalan-soalan sedemikian adalah... 

'InsyaAllah, sedang tunggu result'


Rasanya, dalam masa lapang yang tak berapa nak lapang ni, diri akan membuat sedikit throwback sepanjang tahun 2015 bergelar sebagai senior sekolah. Dengan tujuan agar kenangan-kenangan ni dapat mengingatkan balik diri atau mungkin rakan2 di luar sana tentang perjuangan kita sepanjang di sekolah menengah.








Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah

Thursday, 29 January 2015

Dormitory aka Asrama

 
 
 
 
I'm going to enter the SMKAM's hostel tomorrow.. Which is unbelievably legendary if I did stay in one.
So, tomorrow I'll be there.

InsyaAllah, Allah will be with wherever I am. 


Salam Ukhuwwah Fillah

Thursday, 22 January 2015

Mixed Feelings..

Assalamualaikum


Mixed feelings.
Conquer it
Get rid of the bad ones
And protect the good ones



Empty
.
.
.
.
Something to care about?
Longing
*crushed to the ground*



Dissappointment
Depress
Offended
Envy

Penyakit hati

Those were all the feelings we experienced.
Hurt
.
.
Dissatisfied
.
.



But once we conquer them and replace them with another feelings

Happy
.
Joy
.
Pleasure
.
Sincere
.
Doing the best no matter what


Well, those are the feelings we truly should have.
For an ease and harmony life.
To have a happy and 'clean' heart 


But all of those feelings were meant to be within us.
We need them from time to time.
Because that is what we are.
And to be the best of ourselves,
We need IMAN to guide us always....

Put everything

Our HOPES
.
Our FAITH
.
Our NEEDS
.
Our OBEDIENCE

To THE ONE and Almighty ALLAH


#There's a story within this.
May only I and Allah know it.
But remember, ME in the future..
Do everything for ONLY HIM


Salam Ukhuwwah Fillah

Monday, 2 June 2014

Me in May!

Assalamualaikum



Apa khabar IMAN kita hari ni?
Sepanjang bulan ni, banyak perkara best yang saya alami. 

1) Got my birthday present 
2) Ihtifal
3) Got my first NIECE !! Alhamdulillah..
4) Hari Guru
5) Exam Shock [ni yang paling best]

Event yang paling best adalah kelahiran seorang mujahidah kecil yang sudah lama dinantikan dan bakal menggegarkan dunia suatu hari nanti.. Wah, tinggi betul cita-cita tu.




Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah

Tuesday, 20 May 2014

Ihtifal Again '14

 Assalamualaikum...

Ha!! Tengok tajuk pun boleh faham kan, tahun ni, saya pergi pulak Ihtifal. Dah tiga tahun straight saya sertai Ihtifal (?) ..

2012 - [jadi penonton jer.. bukan bertanding pun]
2013 - Bertanding Hiwaar
2014 - Kuiz Ilmu Wahyu

Tapi, Allah izin, saya tak menang pun dalam mana-mana pertandingan tu. [Sedih!!] Tapi, saya tetap bersyukur kalau tak menang pun. Maybe HE has a better plan for me. HE wants to teach me the word 'SABAR' and 'NEVER GIVE UP'. Takpun, Allah nak saya BERDOA kuat lagi kot. Biarpun setiap tahun saya pergi Ihtifal, tapi saya tak pernah bosan atau jemu pergi sebab setiap tahun banyak pengalaman baru saya dapat.

Boleh tengok sekolah orang lain [and sometimes feel bad about my own school]. Sebabnya best sangat boleh pergi ke suasana baru. Tahun ni, Ihtifal dibuat di SMK Bandar Kuala Krai. Tempat yang paling jauh saya pernah pergi untuk bertanding. Memang cantik sangat sekolah ni.

Antara perkara yang saya kagum semasa pergi ke SMK Bandar Kuala Krai:

1) Struktur bangunan macam universiti sebabnya berada di kawasan bukit
2) Sangat luas sampaikan saya selalu tersesat
3) Kantin sangat cantik dan ada banyak dekorasi
4) Musollanya besar sangat [boleh dikira macam masjid]
5) Ada berpuluh-puluh bilik [entahlah untuk apa]
6) dll






 Fuhh.. Penat la menaip. Saya nak bagi gambar pula yang bercerita. Boleh yer

Tuesday, 25 June 2013

IHTIFAL Kelantan '13

 Assalamualaikum...

Tak tahu nak karang pasal apa dekat sini.. Just nak share sedikit gambar semasa Majlis IHTIFAL Peringkat Negeri Kelantan terutamanya kepada rakan-rakan yang mungkin sedang menanti untuk gambar mereka dipaparkan di sini.. Hehe..

Sedikit informasi tentang IHTIFAL tahun 2013

Tempat : SMKA Tok Bachok (sangat besar dan cantik)
Tarikh : 18/6/2013 (selasa)
Masa : 7.30 pagi - 3.30 petang 
Acara yang dipertandingkan : 1) Hafazan (surah al-Baqarah)
                                             2) Qiraah Sab'ah (baca surah pilihan mengikut cara imam yg tertentu)
                                             3) Kuiz Ilmu Wahyu (konsep tajwid dan sbgnya)
                                            *di atas adalah kategori Quran*
                                             4) Hiwaar (perbualan dalam bahasa Arab)
                                             5) Kuiz Bahasa Arab
                                             6) Kalimatus Sobah (syarahan B.Arab)
                                             *kategori Bahasa Arab*

Guru pengiring : Ustazah Rashidah, Ustaz Lokman, Mudir dll..
Pelajar pengiring : Aminah dan Mahhera..

Acra yang saya pertandingkan : Hiwaar
Ahli Kumpulan :  Najah Fareeha
                          Faezatul Atiqah
                          Mahfuzah Hamizah

Keputusan pertandingan : Saguhati.. (ok la kan..)


Dalam bas pun tak lepas daripada buku..

Kakak2 setibanya di SMKA Tok Bachok.. 


They're giving their full support


Antara kumpulan yang sangat best..

Chumell jer 2 orang ni..

Pasukan Hiwaar Men Ren Sekolah

Wednesday, 10 April 2013

Sentuhan Nurani di KASeH Kelantan


BACHOK, KELANTAN, 1 Apr 2013 - Seramai 121 pelajar sekolah rendah telah berkampung selama tiga hari dua malam di Tanjung Chap Beach Resort di sini dari 25 hingga 27 Mac untuk menyertai Kem Anak Soleh (KASeH) yang dianjurkan oleh Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) cawangan Negeri Kelantan.
Menurut pengarah kem, Cik Nurul `Atiqah Mahmud, peserta telah datang dari seluruh pelusuk Kelantan termasuk Gua Musang dan Tanah Merah. Kem yang dijayakan bersama 20 fasilitator lelaki dan perempuan itu membawa tiga misi utama. Pertama, menerapkan nilai-nilai Islam kepada anak-anak dalam aspek aqidah, ibadah dan akhlak melalui sirah. Kedua, menanam dan memantapkan akidah anak-anak serta kefahaman mereka tentang kepentingan dan keperluan solat. Yang terakhir, untuk mencungkil bakat, potensi dan kebolehan mereka ke arah kebaikan.
Antara aktiviti yang mendapat sambutan hangat peserta ialah Malam Cilik Muslim, Slot Anak Soleh, Kembara Kasih dan Modul Al-Fatihah. Encik Jumat Mat Salleh daripada Puncak Himmah Consultancy telah bersama adik-adik peserta dalam Slot ‘Warkah Buat Ibu Ayah’ sebelum pulang ke Sabah.
Salah seorang peserta perempuan 12 tahun, Amani Nasuha Che Adnan amat menyukai slot tersebut. “Paling menyentuh hati sekali adalah semasa aktiviti dengan abang Jumat. Selepas slot tu, barulah saya sedar tanggungjawab saya sebagai anak. Masa tu juga, saya tak sabar nak balik sebab nak cium, peluk dan minta maaf dekat mama dan abah. Dan saya juga nak ucap banyak-banyak terima kasih kat mama dan abah sebab hantar saya kat kem ni,” kata adik Nasuha dengan sebak.
Menyentuh perasaan apabila salah seorang peserta perempuan, Tengku Farah Anisha Tuan Zaki, 12 tahun berkata, “Saya tak nak pergi kelas tambahan sebaliknya saya ke kem ini. Kalau saya tak sertai, saya dah tak ada peluang untuk melalui zaman kanak-kanak saya. InsyaAllah, Allah akan bantu saya dalam UPSR nanti.”Dengan keyakinan yang jitu, Farah menjawab persoalan kenapa memilih untuk menghadiri Kem Anak Soleh. Adik Farah juga mengatakan inilah kali pertama dan kali terakhir dia menghadiri kem seperti ini memandangkan beliau akan memasuki sekolah menengah selepas ini.
Mengikut kepada perancangan, pihak penganjur mungkin akan mengulangi lagi Kem Anak Soleh untuk sesi ke-2 pada cuti sekolah akhir tahun nanti kerana sambutan yang hangat. Keberhasilan matlamat kem ini mungkin telah tercapai apabila melihat sikap adik-adik peserta yang berubah ke arah lebih baik menjelang akhir kem. Ada di antara mereka yang menerpa, memeluk dan meminta maaf kepada ibu ayah, serta adik-beradik mereka di akhir program. 

Laporan Nurul Zati Amani Mahmud, KeARAH Kelantan 
Antara slot yang mencungkil daya kreativiti peserta

Friday, 22 March 2013

'Running Through The Village III' Keputusan + Rumusan

 Assalamualaikum...

13 Lelaki


 13 Perempuan


 15 Lelaki


15 Perempuan


18 Lelaki


18 Perempuan





MORAL OF THE ENTRIES

Sangatlah penting untuk kita beriadhah kerana beriadha juga termasuk dalam ibadat.. Jadi, kalau ada akiviti sukan di sekolah, bermainlah dengan penuh semangat .. Mari kita amalkan..


"Orang mu'min yang kuat itu lebih disukai Allah daripada mu'min yang lemah"
-maksud hadith-

"Dua nikmat yang sering manusia tertipu oleh kerananya iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang"
-maksud hadith-

Tidak memberi apa-apa erti kita mempunyai fizikal yang kuat jika kita tidak patuh pada suruhan Allah. Maknanya, jika kita terlalu taksub untuk 'menjaga kesihatan' sehingga terabai daripada melakukan perkara yang disukai Allah, ianya adalah sia-sia belaka.. Sebab itu kita harus perbetulkan niat kita untuk menggunakan badan yan sihat bagi beribadah kepadaNya. Lagi pun, mempunyai jasmani yang kuat (Qawwiyul Jismi) termasuk dalam 10 Muwasafat Muslim..

"Katakanlah Muhammad, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan seluruh alam."
(Surah Al-An'am: ayat 162)


Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah

'Running Through The Village II' Sahabat Ver.

Assalamualaikum...

Seperti yang saya cakap pada entri yang lepas, entri ini, adlah khusus kepada kawan-kawan saya saban hari meminta saya supaya memasukkan gambar 'posing' sebelum dan selepas Majlis Penyampaian Hadiah bagi pemenang-pemenang larian merentas desa ni..

I present to you.....










 Primary school Juniors

Mahfuzah Hamizah

Najah Fareeha

Nor Shafiqah

Faezatul Atiqah

Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah

'Running Through the Village' Dewan Ver.

Assalamualaikum...

Apa la tittle yang Fuzah letak ni..!?
Haaa!! " Running through the village " ni, maknanya MERENTAS DESA la.
Kenapa la translate kepada bahasa Inggeris pulak? Merosakkan bahasa ibunda aje.
Biar 'classy' sikit bunyinya... Huhu.

Adoyaii.. Ape la yang aku merepek ni??


Okay, serius..................

Ehem ehem.. Sebenarnya saya nak cerita pasal Larian Merentas Desa yang dah berlangsung minggu lepas lepas. Kenapa dua kali perkataan 'lepas' ? Untuk menunjukkan bahawa larian merentas desa ni dah lama berlalu. Banyak yang saya nak cerita, tetapi tak tahu nak karang apa. So biar gambar yang bercerita..

" Setiap gambar ada kisahnya " - [siapa-cakap-ni?]


 Laungan 1 Murid 1 sukan





 Mempersembahkan... Cikgu zawawi, pembakar semangat Hambali