Showing posts with label HAPPY FAMILY. Show all posts
Showing posts with label HAPPY FAMILY. Show all posts

Tuesday, 13 May 2014

The 3rd Little Khalifatullah

 Assalamualaikum...

Apa khabar? Sihat? Alhamdulillah....
Tak sihat?? Syafakallah....


Alhamdulillah, saya ada berita gembira nak share. Good things are meant to  be shared, right? So, pada tarikh 6 May 2014, merupakan sebuah tarikh yang amat bersejarah bagi keluarga saya iaitu ulangtahun kelahiran Kak Ngah saya!! 

Tapi...................................

Bukan tu aje, 6 May 2014 juga merupakan kelahiran seorang lagi khalifah kecil dalam famili Along and this time, it's a GIRL.. Yay!!!

The name is AFWA RUMAISYA BINTI MOHAMAD HAZIMI. Mesra dipanggil Rumaisya atau Maisya. Fuuhhh.. Dah tua dah saya ni. Dah ada 3 orang anak sedara. Ngee...........


Sorry boys, ummi and abi said I can't date until I'm married


Posing atas karpet.. (kekeke  =P)






These little legs are meant to go to Masjid and Medan Ilmu




Big brother Umar yang suka sangat kiss Maisya.. That's his love to his little sis







Ahhh~~~ Love between siblings are so sweet.. <3
Mimpi apa tu Maisya..

They are my bodyguards. No one can ever hurt me

My LOVE

Be a good MUSLIMAH okay, Maisya...

Lots of LOVE, 
MaMa Sue aka Maa Chuu

Friday, 14 March 2014

Hari-hariku Tahun 2013 II [Kemboja, Vietnam] + Sweet 15

Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. All praises to Allah dan Selawat dan salam ke atas junjungan mulia Rasulullah SAW.. Syukur, nikmat Allah.. Once again I'm blessed with this life and got the opportunity to celebrate the day I was born. Hari jadi sepanjang hidupku takdelah semeriah mana, sampai perlu buat birthday party or whatsoever.. Birthday cake pun lama dah tak terjamah since in primary school. Sejak besar ni pun, kalau bangun tidur, takde hadiah kat tempat tidur macam kecik-kecik dulu. Huuu.. Zaman tu dah berlalu...............................

Tapi, apa yang buat birthday ni special is having my parents wishing me a blessed life, praying solat hajat for me and my siblings would call me when I came back from school. Special thanks to them dan kawan-kawan yang telah menyanyikan lagu birthday selepas habis exam [tahun ni, saya sambut birthday dengan menjawab exam yang susah.. Duhai nasibku]

Hadiah yang the best is when my family could gather and travell altogether.. [SayaBudakSukaJalan-Jalan]

Semoga budak yang sudah ganjil 15 tahun ni akan menjadi lebih matang..! That's my hope..

#WaitingForHadiahTertunggak
Tapi sebelum tu, kena menabung dulu.. Heeeeee!

I'm THROW-ing my memories BACK to the days in Cambodia and Ho Chinh Minh City of Vietnam.


Cambodia aka Kemboja
Kemboja's Historical Museum



Kemboja's Jetty

 




Mini castle.. Castle sebenar ada kat seberang jalan tu
Sempadan Vietnam-Kemboja


 Ho Chinh Minh City, Vietnam


 Night Market



 This is everyday life




Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah

Thursday, 5 December 2013

Hari-Hariku di Tahun 2013 I

 AMARAN!!!
#Catatan ini bukan untuk menunjuk-nunjuk tetapi merupakan catatan 
untuk diri sendiri pada masa akan datang..

Assalamualaikum...

This is just some journal of my interesting days for Year 2013.

AUGUST - Graduasi Angah di Makassar, Sulawesi, Indonesia

Alhamdulillah Angah dah selamat graduate sebagai seorang mahasiswi kedoktoran. Alhamdulillah juga sebab Allah izin kami sekeluarga dapat pergi ke Makassar [tanpa sape-sape yang tertinggal kat Malaysia] untuk celebrate Angah. Bagi saya, ini adlah kali kedua saya pergi Makassar. Yang pertama masa tahun 2009/2010 [tak ingat dah].
Seriously, seronok sangat bermusafir dengan family..! 

Akkarena Beach
Most beautiful beach ; Akkarena Beach
Subhanallah.. Cantik sangat pemandangan kat sini
Sweet couple honeymoon [bersama anak-anak]
Anak-anak ayah
Siblings time..!!
Pantai ni betul-betul buat smua org jadi photogenic [kekeke]
Like father like son

Kasian.. Ada org tu kene buli.





















































































Ahhh!!!!!! I'm in a crocodile's mouth!!


Wednesday, 18 September 2013

I LOVE YOU, Sweet Sister

 Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. Tanggal 18 September 2013, hari Rabu, Hari Jadi Along yang ke-28.
And for this really SPECIAL day, Abang Am tulis "Tentang Kakak" kami.. Kakak yang banyak melakukan pengorbanan buat kami adik-beradik. Kakak yang ambil berat perkara terkecil tentang kami sekeluarga..
Sungguh! Menangis baca kisah Along ni..
Her story of sacrifice and love will never end..  

#SayangAlongFromTheBottomOfMyHeart

*********************************************************************************
Nukilan : Abang Afham - kefahamanislam92.blogspot.com

Buatmu Insan Bernama Kakak 


    " Am tahu tak masa mesir sedang bergolak dulu, along selalu menangis bila teringatkan am. Along selalu tanya ayah apa perkembangan am. Selamatkah am kat sana? Cukup makankah? macam-macam lagilah. Setiap kali kami nak makan, mesti along teringatkan am. Terus dia mintak kat ayah suruh telefon am. " kata ayah kepadaku pada suatu hari.



Aku terkejut mendengarnya dari ayah. Dalam keadaan menduga aku membalas " Ye ke ayah. am call along rilek je. " Kata ayah " Memang la depan am along rilek sebab along tak nak am tengok along susah hati. Along perlu sentiasa kuat supaya dia mampu membela adik-adiknya. " Kata-kata ayah sangat terkesan dalam diriku. Peristiwa ini benar-benar berbekas dalam jiwaku. Tentang betapa besarnya kasih sayang seorang kakak kepada adiknya. 



Antara aku dan along

Kami berempat. Anak kesayangan ummi ayah

    Aku adalah anak ketiga di dalam keluargaku. Di hadapanku adalah kakakku yang kini merupakan seorang peguam dam seorang lagi adalah pelajar perubatan di sebuah universiti di Indonesia . Perbezaan jantina dan umur yang terlalu jauh membuatkan aku rasa terlalu ada jurang yang jauh dengan kakakku.Kadang-kadang ketika dulu aku selalu berimpikan seorang abang. Yang boleh menjadi teman bermainku. Yang akan memahamiku sebagai seorang lelaki. Tetapi kini aku sudah memiliki segalanya.


Allah memberi apa yang kita perlu, Bukan apa yang kita mahu


Along adalah seorang kakak yang sangat memahami diriku. Ketika aku masih di bangku persekolahan, tidak banyak masaku bersama along. Aku berada di asrama dan along pula di universiti. Kami jarang bertemu kerana waktu cuti yang berbeza. Tapi perkara ini tidak menghalang along untuk mengikuti perkembanganku. Bahkan dia lebih mengenali diriku berbanding diriku sendiri. 



Walaupun along seorang kakak, tapi dia juga memainkan peranan seperti abang. Ketika mana dulu aku pernah "diserang" oleh seniorku keerana kedudukanku selaku presiden badan dakwah sekolah, alonglah yang bangkit mempertahanku. Bagiku dia telah memainkan peranan lebih dari seorang abang. Mempertahankan maruah adiknya. Dialah kakakku, Dialah abangku. 

Monday, 20 May 2013

Umar Amin Tinggal di Kampung 2 Minggu


Assalamualaikum...

NI cerita lama, tapi saya nak bagitahu jugak..  On the 2nd May, Kak Long dan Abang Long berangkat ke Mekah dan Madinah untuk tunaikan Umrah. So, 2 orang anak diorang tu, tinggal la kat kampung.. Ummi, ayah dan saya sendiri automatically jadi 'babysitter' tak bergaji. Best la... Perasaan happy, ceria, sayang, geram, semuanya bercampur baur sepanjang kami melayani kerenah Umar dan Amin. Alhamdulillah.. Umar dan Amin takdela meraung tercari-cari ummi abi dia.. Tapi, first-first tu Umar banyakla bertanyakan 'di mana Ummi dan Abi?' 

Masa Kak Long call daripada Mekah, Umar tak nak cakap.. Merajuk mungkin.. Adik Amin tak tahu apa-apa. Jadi senang sikit nak jaga.

 Kesian rambut Amin, kenapa kena potong camtu??

  Umar dan Amin dekat Kampung Peringat

Gambar drpd Abg Am


Along dan Abg Long Umrah


Sekarang, Kak Long, Abg Long, Umar dan Amin dah balik rumah dekat Bangi.. Huhu.. Sunyi, sedih, rasa kosong jer kat rumah ni..

I miss them damn so much..


Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah

Tuesday, 16 April 2013

TERKINI : News From Ummi Ayah di Mesir

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, setengah jam yang lepas, saya berjaya contact ummi ayah.. Alhamdulillah again, my parents dah selamat sampai dan baik-baik di sana. Walaupun mahal untuk buat panggilan telefon dari Mesir ke Malaysia, tapi takpelah, nak lepas rindu.

Lepas tu, 3 minit lepas Abang Am letak gambar ummi dan ayah kat Facebook


"Alhamdulillah Allah izin para doktor selamat sampai ke bumi mesir. Yg lebih menyeronokkan ayah ummi ada bersama. Tak tahu apa impression mereka tengok tmpatku belajo... "


Yang dua orang kat tengah , pakai baju werna sedondon tu.. Cntk nya gmbr background..



p/s : Ayah dan ummi pergi merantau ikut rombongan doktor-doktor KelabKesihatanHaluan


Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah

Ummi dan Ayah Merantau + Umrah

Assalamualaikum...

Alhamdulillah, ummi dan ayah tercintaku berpeluang sekali lagi untuk mengerjakan UMRAH.. But, before that, mereka pergi merantau di Mesir, Jordan,Yaman dan kawasan yang berdekatan dulu. Bestnyaa.... Umi dan ayah sanggup meninggalkan 'bantal peluk' ni kat rumah?? :'(  Huhu... Dahlah dekat Mesir, ummi ayah dapat ziarah Abg Am yang tengah studi kat sana. Uwaah...!!

Saya pulak tak dapat ikut sebab kena pergi sekolah. Kalau ikut ummi dan ayah, saya terpaksa tinggalkan sekolah selama 2 minggu. Huh! Banyak la ketingglan pelajaran nanti. Takpela, saya tak terkilan sangat walaupun tak dapat pergi buat umrah sebab zaman dahulu kala, saya dah berjaya sampai ke Mekah and Madinah. Tapi, kesunyian saya dekat rumah. Sedih..!

Sepanjang 2 minggu ummi dan ayah takde, Che Su dan Ayah Su saya la yang datang rumah untuk jaga saya.  Makan, minum saya dijaga sebaiknya. Pokoknya, mustahil untuk saya rasa lapar.
#TerimaKAsihCheSuAndFamily.. ILoveYou!!
Teringat dulu, Kak Long kata, "Nanti kuruslah Ijah sebab tak cukup makan sebab rindukan sangat ummi ayah," Hoho.. Rasanya, makin 'sihat' adalah. =P

Baru dua hari ummi and ayah takde kat Malaysia, but I miss them so much. Chaiyokk Mahfuzah!! Tabahlah for the sake of ummi ayah. Hwaiting!!
Ok lah.. Tu jer.. Nak share feelings sket. Ecececeh....

Bak kata Tahz, kawan saya "Awak ni kiranya anak yatim tak mati mak tak bapak la kan?"

Adoyaii..
That's all for today, thank you..
Assalamualaikum

Ummi, Ayah.. Aku mendoakan agar kalian selamat berangkat dan selamat pulang ke tanah air.. Love you always cause you're always in my heart..
Miss you deeply~~~


Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah