Thursday 18 July 2013

Ramadhan 1434H.. Hmmm

Ramadhan, musim bunga untuk orang beriman!
Gambar lama, tapi mesti kita amalkan masa bulan Ramadhan ni..


Para ulama menggambarkan Ramadhan umpama titisan air hujan. Bukan semua orang akan mendapat jumlah air rahmat yang sama. Ia bergantung kepada bekas tadahan yang kita sediakan.

Hanya hati yang bersih, jernih dan putih sahaja mampu menerima jumlah air rahmat yang banyak daripada Ramadhan. Beruntunglah bagi mereka yang melangkah kaki ke bulan Ramadhan dengan jiwa dan hati yang bersih.

Marilah bersama-sama kita sediakan tadahan hati seluas-luasnya untuk memperolehi semaksima mungkin janji-janji Allah SWT dari Ramadhan kali ini!

 
Jika hari ini kita lebih baik dari hari kelmarin kita,sesungguhnya kita berada dalam golongan yang beruntung.. Tetapi jika hari ini kita lebih buruk dari hari kelmarin,sesungguhnya kita amatlah rugi.. Kenapa??

Cuba periksa hati kita,adakah hati kita masih mempunyai kekosongan yang sepatutnya diisi.. Sudah tentu hati kita mempunyai kekosongan jika perilaku kita pada hari ini lebih buruk dari hari kelmarin..

Apa kekosongan yang perlu diisi.. Hati yang mempunyai kekosongan tidak akan diisi dengan harta kekayaan kerana ia akan habis jua.. Hati yang kekosongan juga tidak akan diisi dengan paras rupa yang cantik kerana ia tidak akan kekal lama..

Tetapi, hati yang kekosongan hanya perlu diisi dengan IMAN..

Bagaimana tahap iman kita kepada Allah.. Begitulah perlakuan kita sehari-hari..
Gunakan pemikiran yang diberi Ilahi..

Semoga Allah redha..


 #Salam Ramadhan 1434H...Moga yang kini lebih baik daripada sebelum ini..

-Wise Words from senpai HZ '97-

Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah

0 comments:

Post a Comment