Sunday 13 January 2013

CARA TADAH TANGAN SEMASA BERDOA

Assalamualaikum...

-Sbenarnya post hari ni diilhamkan oleh Guru Cemerlang BM-ku, Puan Aliza bt Awang.. Cg Aliza berkongsi kepada kami dalam kelas ttg cara nk doa supaya Allah perkenankan doa kita dengan lebih cepat lagi-

Hari ni InsyaAllah. saya nak ber'sharing' sdikit, iaitu tentang cara kita BERDOA.. Saya share tentang tadah tangan..
Saya pun tak a'lim sangat tentang adab2 berdoa dengan sempurna.. Tapi saya stiasa perhatikan benda yang paling common berlaku among masyarakat kita, cara mereka TADAH tangan tu..  

Mendengar ceramah "Tanyalah Ustaz" di TV9, Ustaz tu kata " Cuba tengok cara orang berdoa, kebanyakannya mengangkat tangan dengan gaya yang malas dan sambil lewa, macam mana Allah nak perkenankan? Kita kena angkat tangan elok-elok dengan cara duduk yang bersopan, sambil tapak tangan menghadap ke langit dan minta betul-betul dengan penuh harap"
Ayah saya cerita, semasa dia solat zohor di Masjid, betul kata ustaz tu, ayah lihat majoriti yang berdoa sambil lewa aje (seolah-olah Allah nak terimalah...klu tak terima pun tak per) Siap ada yang buat aktiviti sendirian berhad pulak.. (garu2 badanla, ber'facebook'ing dalam telefon, dll)
Then saya muhasabah diri ini, kita perlu didik dan latih agar sentiasa berdoa dengan cara yang sebaik mungkin, InsyaAllah.
Jom terus beramal.....


Kata Ustaz Azhar Idrus pulak, tadah lah tangan kita guane-guane pun, asalkan menunjukkan tapak tangan ke langit.. Sahabat NABI MUHAMMAD S.A.W menggambarkan baginda menadahkan tangan mengahala ke langit renggang atau rapat.. Apabila doa BIASA, tangannya di paras dada dan apabila doanya sangat  MUSTAHAK, Nabi angkat tangannya sehingga nmpk ketiak.. 


Dan daripada pengalaman saya, kita digalakkan supaya tadahkan tangan dengan rapat.. Bayangkan semasa berdoa, Allah limpahi kita dengan pahala yang mencura-curah, kalau kita tadah tangan secara renggang, maka jatuhlah pahala2 tersebut.. Tetapi kalau kita tadahkan tangan seperti nk ambil air wudhu', mesti pahala2 tu kita dapat simpan.. Lagi untung !!.. Kita juga hendaklah tadah tangan tu tinggi-tinggi sikit, menunjukkan kita minta sesuatu daripada Allah dengan bersungguh-sungguh..


InsyaAllah itu saja yang ingin saya perkatakan.. Saya tidak akn menulis dengan panjang-panjang kerana saya yakin ramai lagi saudara Islam yang telah pun berkongsikan tentang post DOA ni.. Lagipun, tak boleh bazirkan masa depan laptop lama-lama.. Study is a MUST!!




Segala kekhilafan dimohon maaf.. Assalamualaikum..

Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah

2 comments:

  1. Tulisan yang cukup menarik..semoga kita akan selama-lamanya menjaga adab-adab berdoa..tq adik. I'm proud of u

    ReplyDelete
  2. terbaik mahfuzah , sesuai untuk tatapan umum yang semakin tidak peka tntg isu2 ini,

    ReplyDelete