Friday 15 February 2013

Tsiqah

 Assalamualaikum...
Teringat pada Usrah Keluarga semasa Abg Am cuti semester thn lepas.. Perkongsiannya cukup menarik dan saya juga catat apa dia bagitahu.. Perkongsian saya kat blog kali ni adalah hasil nukilan ayah yang yang telah menaipnya dalam laptop..

Thiqah = Kepercayaan/Keyakinan

 TSIQAH
1.     Thiqah  kepada Allah

-         Apa yang ada pada Allah jauh lebih hebat dari apa yang ada pada dirinya
-         Yakin dengan pertolongan Allah
-         “Cukuplah Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung”
                                     Hadith Sahih

2.     Thiqah kepada pertolongan Allah.

-       Wajib meyakini Allah akan memenangkan dan akan memuliakan agamanya meskipun seberapa panjang masa itu harus ditempuhi serta seberapa kuat kekuasaan yang  bathil
menghalanginya.
-        Mesti meyakini Allah bersama orang-orang yang beriman, menolong, menunjukkan, memenangkan, menguatkan dan membantu mereka ketika orang sekitar menjauhinya.
-        Ketika tentera bumi tidak ada yang bangkit bersma mereka, Allah turunkan kepadanya  tentera dari langit yang berlipat ganda.
-        Orang yang paling beraqidah merekalah yang paling percaya dengan apa yang dijanjikan oleh Allah swt.

3.     Thiqah kepada Pahala Allah

-        Seorang Muslim sejati mesti yakin setiap langkah yang dijalani, selagi berada diatas jalan Allah dengan ikhlas dan apa saja aktiviti yang dijalankan serta ujian yang menimpanya, Allah akan mencatatkan perbuat tersebut dengan balasan pahala yang paling besar.

4.     Thiqah kepada Syariah Allah swt.
-       Bagi seorang Muslim, tidak akan mungkin dapat  bergerak dan bertindak mengingkari hawa nafsunya, tanpa terlebih dahulu memiliki rasa qana'ah (penerimaan yang mantap) bahawa dia sedang melaksanakan syariah yang mengandungi kebenaran.

5.     Thiqah kepada Pemimpin.

-        Bagi akhie Muslim, ia harus menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada pemimpin mereka dengan kepercayaan bersama tanpa akhir dan tiada batasannya.

6.     Thiqah kepada Tentera  (Rakan seperjuangan)

-       Bagi Muslim sejati, kita mesti memiliki rasa percaya  atau tsiqah dengan orang yang berjalan bersamanya (dalam satu perjuangan) tanpa meremehkannya.. Bahkan dia harus meyakini sahabat seperjuangan adalah 10 x lebih baik dari orang yang tidak duduk dalam tanzim jemaah.

7.     Thiqah kepada diri sendiri.

-       Seorang tentera (Jundi) percaya dengan dirinya sendiri dan mengetahui bahawa perjalanannya di jalan Allah adalah denganmelaksanakan syari’ahNya.Ini bererti dia tetah menetapkan pilihan dirinya di atas jalan para mujahidin.





Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah
    

1 comments: