Wednesday 18 September 2013

I LOVE YOU, Sweet Sister

 Assalamualaikum...

Alhamdulillah.. Tanggal 18 September 2013, hari Rabu, Hari Jadi Along yang ke-28.
And for this really SPECIAL day, Abang Am tulis "Tentang Kakak" kami.. Kakak yang banyak melakukan pengorbanan buat kami adik-beradik. Kakak yang ambil berat perkara terkecil tentang kami sekeluarga..
Sungguh! Menangis baca kisah Along ni..
Her story of sacrifice and love will never end..  

#SayangAlongFromTheBottomOfMyHeart

*********************************************************************************
Nukilan : Abang Afham - kefahamanislam92.blogspot.com

Buatmu Insan Bernama Kakak 


    " Am tahu tak masa mesir sedang bergolak dulu, along selalu menangis bila teringatkan am. Along selalu tanya ayah apa perkembangan am. Selamatkah am kat sana? Cukup makankah? macam-macam lagilah. Setiap kali kami nak makan, mesti along teringatkan am. Terus dia mintak kat ayah suruh telefon am. " kata ayah kepadaku pada suatu hari.



Aku terkejut mendengarnya dari ayah. Dalam keadaan menduga aku membalas " Ye ke ayah. am call along rilek je. " Kata ayah " Memang la depan am along rilek sebab along tak nak am tengok along susah hati. Along perlu sentiasa kuat supaya dia mampu membela adik-adiknya. " Kata-kata ayah sangat terkesan dalam diriku. Peristiwa ini benar-benar berbekas dalam jiwaku. Tentang betapa besarnya kasih sayang seorang kakak kepada adiknya. 



Antara aku dan along

Kami berempat. Anak kesayangan ummi ayah

    Aku adalah anak ketiga di dalam keluargaku. Di hadapanku adalah kakakku yang kini merupakan seorang peguam dam seorang lagi adalah pelajar perubatan di sebuah universiti di Indonesia . Perbezaan jantina dan umur yang terlalu jauh membuatkan aku rasa terlalu ada jurang yang jauh dengan kakakku.Kadang-kadang ketika dulu aku selalu berimpikan seorang abang. Yang boleh menjadi teman bermainku. Yang akan memahamiku sebagai seorang lelaki. Tetapi kini aku sudah memiliki segalanya.


Allah memberi apa yang kita perlu, Bukan apa yang kita mahu


Along adalah seorang kakak yang sangat memahami diriku. Ketika aku masih di bangku persekolahan, tidak banyak masaku bersama along. Aku berada di asrama dan along pula di universiti. Kami jarang bertemu kerana waktu cuti yang berbeza. Tapi perkara ini tidak menghalang along untuk mengikuti perkembanganku. Bahkan dia lebih mengenali diriku berbanding diriku sendiri. 



Walaupun along seorang kakak, tapi dia juga memainkan peranan seperti abang. Ketika mana dulu aku pernah "diserang" oleh seniorku keerana kedudukanku selaku presiden badan dakwah sekolah, alonglah yang bangkit mempertahanku. Bagiku dia telah memainkan peranan lebih dari seorang abang. Mempertahankan maruah adiknya. Dialah kakakku, Dialah abangku. 


 Sensitiviti sebagai kakak

    Along adalah  seorang yang sangat sensitif pada perkembangan keluarga kami. Dia sentiasa mengambil berat tentang kesihatan ayah dan ummi. Sentiasa mengambil berat pada akademik dan peribadi adik-adiknya. Along juga adalah penjaga politik antara keluarga kami dengan sanak saudara yang lain. Aku dan Angah banyak berada di luar negara. Oleh itu along adalah penyambung silaturrahim antara keluarga kami dengan saudara yang lain.



    Sebagai kakak sulung, along sentiasa merasai tanggungjawabnya untuk membela adik-adiknya. Aku merasa sangat kagum dengan dirinya. Sepatutnya aku selaku anak lelaki tunggal perlu membela saudara perempuanku. Tapi aku merasakan aku masih belum mempunyai kekuatan seperti dirinya. Dahla dikurniakan 2 orang putera yang sangat aktif, tapi along sentiasa kuat dalam menjaga keluarga kami.

Along bersama suami dan anaknya. Along juga merupakan isteri yang solehah dan ibu yang tabah.


Teringatku pada sebuah penulisan kakak keduaku dalam blognya :



" Kehalusan jiwa kakak dan sensitivitinya amat terserlah sejak kecil. Sewaktu adikku Afham masih ditingkatan 1 (SMP kelas 1) , pernah satu kejadian sewaktu adikku yang tinggal di asrama sekolah Tahfiz Sains, pulang bercuti (libur) di rumah. Suatu pagi, sedang diri sedang membersihkan kamar, kakak tiba-tiba masuk sambil matanya merah. Sisa air mata masih mengalir deras ditubir matanya menandakan hati yang gundah masih belum tenang. Hairan. Padahal baru setengah jam yang lalu beliau keluar dari kamarku untuk menggambil minuman dalam keadaan ketawa-ketawa.setelah diri bertanya, kakak mengatakan “sedih lihat adik menangis kerana susah menghafal Al-Quran. Tapi kakak tidak dapat bantu sedikitpun..” sebaik mendengar kata-kata kakak, semerta dada ini sebak. Ingin ikut menangis. Tapi harus dipendam. Memang seperti itu. Sejak kecil diri harus lebih pintar menyembunyikan perasaan kerana kakak sangat ekspresif orangnya. Saat kakak menarik tanganku keluar kamar dan mengintip dikamar adik, air mata ini tidak mampu lagi terbendung. Mengingat kata-kata kakak tadi dan melihat sendiri sosok adik yang sedaya upaya berusaha dengan keras untuk memantapkan hafalannya..kasihan adikku.. "

   Pernah juga suatu ketika aku tidak mengendahkan nasihat kakakku. Dia hanya diam. Aku merasakan aku tidak bersalah dan tidak mengambil berat pada perasaannya. Ku kira itu hanya perkara kecil yang akan hilang ditiup angin. Tapi kemudiannya adikku datang menemuiku. Adikku bilang kakak menangis semahunya tadi. Kakak terlalu sedih apabila adik yang sangat dicintainya tidak mendengar nasihatnya. Aku membisu seketika. Aku menyesali perbuatanku. Lalu aku segera meminta maaf padanya.



Jiwa kakakku sangat sensitif dan lemah lembut di sebalik luarannya yang tegas dan bertanggungjawab. Dia amat menitikberatkan kebajikan adik-adiknya dan mempertahankan ummi ayah di saat fitnah semakin berleluasa.Itu yang membuatkan ku sangat kagum pada dirinya.

Pada 8.8.2008 along selamat diijabkabulkan bersama seorang pemuda hebat yang bernama Muhammad Hazimi Hamzah. Abang Imi juga merupakan figur yang sangat ku hormati dan kagumi. Aku merasa sangat bersyukur pada Allah kerana mengurniakan along suami yang soleh.


2 orang putera yang sangat aktif, comel dan cerdas. Bakal mewarisi jiwa ummi dan abinya. Umar al Fateh dan Ahmad al Amin


Pernah sekali aku berbual dengan along. Dia meluahkan perasaannya padaku. Hatinya hiba. Suaranya sebak. " Along sedih tengok ummi ayah yang masih lagi bekerja dengan keras untuk membesarkan anak-anak. Sedangkan along tak mampu untuk membantu mereka. Sepatutnya ummi ayah dah tak perlu kerja. Kebajikan adik-adik sepatutnya di bawah tanggungan along. Ummi ayah dah boleh berehat. Along sepatutnya mampu menaja mereka untuk pergi umrah dan sebagainya. Tapi sampai kini ummi ayah pula masih membantu along dalam urusan kehidupan. Along rasa malu pada dri.



   Sensitiviti along sebagai anak sulung dan kakak kepada kami sangat kuat. Padaku dialah tulang belakang kepada keluarga kami. Along yang banyak membela ummi ayah di saat aku di perantauan. Hatiku merasa sangat sebak memikirkan betapa berat dan besarnya bebanan yang dipikulnya. Aku sentiasa berjanji pada diriku untuk melengkapkan diriku dengan pelbagai kekuatan supaya suatu hari nnti aku pula yang akan membela keluargaku. Aku ingin mengurangkan kesedihan dan bebanan along. Kerana aku adalah adik lelakinya. Tanggungjawab yang berat seharusnya aku pikul. Akulah yang perlu menjadi pembela kepada mereka. 



Sepanjang akal ini mampu menyimpan memori, tidak pernah rasanya mendengar kakak mengeluarkan kata-kata yang kasar atau kesat. Sebaliknya kakak sering memberi motivasi dan paling penting, kakak adalah tempat mencurah masalah dan berkongsi pendapat. Kakak sangat rasional dan berfikiran terbuka serta berpandangan jauh. Setiap dia memberi pendapat pasti masuk akal dan bisa dipraktekkan. Bukan sekadar teori semata-mata. Berbicara dengan kakak itu menambah ilmu dan wawasan. Berbincang dengan kakak itu akan membenahi idea yang kreatif. Menjadikan along sebagai salah satu teladan kepada diriku. Along yang banyak memberi tunjuk ajar padaku dari sudut ikhtilat dan sebagainya. Sungguh, terlalu banyak yang aku belajar darinya



Sedikit celoteh buat kakakku tersayang. Masih terlalu banyak yang inginku ceritakan tentang insan yang cukup istimewa ini. Tulisan ini adalah dari hati yang ikhlas. Sudah lama bermain di fikiran dan terpendam dalam perasaan. Jadi ku nukilkan kepada kakakku sebuah syair sebagai kiasan hatiku.



Kakak
Kaulah Yang menaruh Bintang
Dalam Mata, Hati dan
Genggamanku
Mungkin aku Tidak
Melihatmu
Di Bawah Matahari
Tapi Ketika Sampai Pada Malam
Kau Selalu Di Sana Menjelma
PelitaDi Lorong Paling Gelap dan
Berdebu
Kakak
Kaulah Bintang Sejati
Yang slalu membuatku tersenyum
Membangunkan aku saat terjatuh,
Memberi semangat di saat aku lelah dan
terpuruk.
Namun aku belum bisa membalas apa apa
Hanya sekedar ucapan terima kasih kakak ku
Kakak
Bale kaka pung pipi adik mau ciong, Biarpun
beta kaka pung sudara tiri.
Aku sayang kakak….!
(Nukilan dari Rangmudo)

Selamat Hari Lahir ke 28 Along , Mahfuzah Hanisah.

Moga diberkati umur dan dimurahkan rezeki
Moga dikurniakan magnet-magnet iman
Moga diberikan kebahagiaan di dunia dan akhirah
Moga mendapat kejayaan selamanya.
Terima kasih banyak mendidik dan menjaga am.
Minta maaf atas kesalahan dan kesilapan yang pernah am lakukan.
Am nukilkan tulisan ini kerana esok mungkin tiada lagi. Penulisan terakhir sebelum berangkat pulang ke mesir
Kal Ho Naa Ho...

Salah satu moment yang sangat menyedihkan. Berpisah dengan along sebelum aku berangkat ke mesir pada 2010





Aku dan Along
Dari adik lelakimu yang sangat menyintaimu.
Mohd Afham Mohd Ariff.
Kuliah Perubatan
Universiti Al Azhar Kaherah Mesir.



*****************************************
 Ya Allah.. Sangat sebak ku membaca.. Setiap kali Abg Am atau Angah menulis tentang Along, setiap kali itu saya menangis.. Hee

Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah

4 comments:

  1. Kesah yang amat menyentuh hati...doakan semoga hidup along sekeluarga sentiasa bahagia dunia dan akhirat

    ReplyDelete
  2. May Allah always bless you and your family... my best ever fren, Anis. I LOVE U till Jannah.

    ReplyDelete
  3. Kak Anis bukan hanya sekadar anak, isteri dan kakak yang hebat... tapi juga seorang sahabat yang sangat2 dekat di hati K.Naimi.. :)

    ReplyDelete
  4. Selamat ulang tahun buat kakakmu. Semoga hidup dilimpahi barokah Allah :) InsyaAllah. Kirim salam kat anak2 dye yg comel. Naseb baik dpt tgk sblum fly ke selangor :')

    ReplyDelete