Monday 26 August 2013

FB.... Berdosakah Ia??

FaceBook.... Berdosakah ia?? Atau aku sendiri yang mencorak titik-titik hitam di hati ni??

Ramai yang tahu bahawa Facebook aka FB mempunyai banyak kebaikan dan juga keburukan. Keburukannya adalah apabila kita melakukan sesuatu yang melanggar syarak [faham2 sendirila]
Dan kebaikannya apabila kita berkongsi@saling memperingati perkara yang akan mengembalikan kita kepada Allah... Saya bukannya nak bercerita atau berhujah panjang lebar tentang Fb sebenarnya. Tapi hanya ingin meluahkan apa yang saya RASA berdosa apabila menghadap FB.

Entahlah.. Kadang-kadang, saya sendiri berasa pelik dengan diri ini. Patutkah saya yang BERASA berdosa melihat status-status yang terpampar kat 'Home'?? Tak dak kerja langsung.. Ish ish ish..... -____-

Baiklah, saya akan bagitau sedikit-sebanyak apa yang buat saya RASA berdosa..
Pertama sekali, status budak2 yang bergaduh. Kalau diorang bergaduh dekat sekolah, mesti akan dibawa ke FB. Cnthnya mengadu@menyumpah-seranah@kutuk terang-terangan dekat FB.
"aq takkan ever forgive you minah $!#!%@&%#$@.. Dah lah $#!!!^#!@.. Lps tu $#!#%!&%$!" - [rekaan semata-mata]

Kedua, status budak2 yang suka mapuh atau bahasa moden skit [yang saya baru tahu memalui junior] iaitu 'BASH'.. Kuat bebenor la budak2 ni 'bash' orang.. Tak kesahla orang yang muda 'bash' yang lebih tua atau orang yang tua 'bash' yang lebih muda. Sama jaa
"Nk buat canner, dia ni rajin sgt nak jaga kain sampai kena jaga kain org lain jgk......
#Sape yg mkn cili, dia la yg trasa pdsnya"
atau
"Baru form2 dh reti nk bash org.. sedar la diri sikit..
#mohon terasa"

*Ada banyak lagi, tapi kalau ditulis, makin panjang la post kali ni. Ingat nak ringkas2 je.. Tapi makin lama makin rancak menulis.

Sebenarnya, saya tak nak pun tahu siapa yang tengah bergaduh besar atau yang tengah hangat bercinta atau yang ber'adik-abang' angkat dll.. Tapi, kdg2 terbaca jugak..

Disebabkan tak tahan dengan semua benda yang buat saya RASA berdosa ni, saya selalu jugak deactivatekan FB. Lama jugak. Dan dalam tempoh tu, rasa tenang je hidup sebab tak ambil tahu pun pasal hidup orang lain. [I never felt so free.. So pure.. So innocent!!]
Tak perlu tahu apa budak ni 'bash', tak perlu tahu apa budak tu kutuk.. Finally!!!!

Hmmmm.. Ada orang cakap, kalau ada orang yang update status mengarut, baik delete jer orang tu daripada kita pun terjebak sama dengan ke-mengarut-an mereka. [Maybe I should]............

# Sorry for my words yang mungkin mengguris hati sesiapa
##O yeah!! My 'favourite' word , 'tino tikey belakey'

Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah

0 comments:

Post a Comment