Assalamualaikum...
Alhamdulillah.. Tanggal 18 September 2013, hari Rabu, Hari Jadi Along yang ke-28.
And
for this really SPECIAL day, Abang Am tulis "Tentang Kakak" kami..
Kakak yang banyak melakukan pengorbanan buat kami adik-beradik. Kakak
yang ambil berat perkara terkecil tentang kami sekeluarga..
Sungguh! Menangis baca kisah Along ni..
Her story of sacrifice and love will never end..
#SayangAlongFromTheBottomOfMyHeart
Nukilan : Abang Afham - kefahamanislam92.blogspot.com
Buatmu Insan Bernama Kakak
" Am tahu tak masa mesir sedang bergolak dulu, along selalu menangis bila teringatkan am. Along selalu tanya ayah apa perkembangan am. Selamatkah am kat sana? Cukup makankah? macam-macam lagilah. Setiap kali kami nak makan, mesti along teringatkan am. Terus dia mintak kat ayah suruh telefon am. " kata ayah kepadaku pada suatu hari.
Aku terkejut mendengarnya dari ayah. Dalam keadaan menduga aku membalas "
Ye ke ayah. am call along rilek je. " Kata ayah " Memang la depan am
along rilek sebab along tak nak am tengok along susah hati. Along perlu
sentiasa kuat supaya dia mampu membela adik-adiknya. " Kata-kata ayah
sangat terkesan dalam diriku. Peristiwa ini benar-benar berbekas dalam
jiwaku. Tentang betapa besarnya kasih sayang seorang kakak kepada
adiknya.
Antara aku dan along
Kami berempat. Anak kesayangan ummi ayah |
Aku adalah anak ketiga di dalam keluargaku. Di hadapanku adalah kakakku yang kini merupakan seorang peguam dam seorang lagi adalah pelajar perubatan di sebuah universiti di Indonesia . Perbezaan jantina dan umur yang terlalu jauh membuatkan aku rasa terlalu ada jurang yang jauh dengan kakakku.Kadang-kadang ketika dulu aku selalu berimpikan seorang abang. Yang boleh menjadi teman bermainku. Yang akan memahamiku sebagai seorang lelaki. Tetapi kini aku sudah memiliki segalanya.
Allah memberi apa yang kita perlu, Bukan apa yang kita mahu
Along adalah seorang kakak yang sangat memahami diriku. Ketika aku masih
di bangku persekolahan, tidak banyak masaku bersama along. Aku berada
di asrama dan along pula di universiti. Kami jarang bertemu kerana waktu
cuti yang berbeza. Tapi perkara ini tidak menghalang along untuk
mengikuti perkembanganku. Bahkan dia lebih mengenali diriku berbanding
diriku sendiri.
Walaupun along seorang kakak, tapi dia juga memainkan peranan seperti
abang. Ketika mana dulu aku pernah "diserang" oleh seniorku keerana
kedudukanku selaku presiden badan dakwah sekolah, alonglah yang bangkit
mempertahanku. Bagiku dia telah memainkan peranan lebih dari seorang
abang. Mempertahankan maruah adiknya. Dialah kakakku, Dialah abangku.
Sensitiviti sebagai kakak
Along adalah seorang yang sangat sensitif pada perkembangan keluarga kami. Dia sentiasa mengambil berat tentang kesihatan ayah dan ummi. Sentiasa mengambil berat pada akademik dan peribadi adik-adiknya. Along juga adalah penjaga politik antara keluarga kami dengan sanak saudara yang lain. Aku dan Angah banyak berada di luar negara. Oleh itu along adalah penyambung silaturrahim antara keluarga kami dengan saudara yang lain.
Sebagai kakak sulung, along sentiasa merasai tanggungjawabnya untuk
membela adik-adiknya. Aku merasa sangat kagum dengan dirinya. Sepatutnya
aku selaku anak lelaki tunggal perlu membela saudara perempuanku. Tapi
aku merasakan aku masih belum mempunyai kekuatan seperti dirinya. Dahla
dikurniakan 2 orang putera yang sangat aktif, tapi along sentiasa kuat
dalam menjaga keluarga kami.
Along bersama suami dan anaknya. Along juga merupakan isteri yang solehah dan ibu yang tabah. |
Teringatku pada sebuah penulisan kakak keduaku dalam blognya :
" Kehalusan jiwa kakak dan sensitivitinya amat terserlah sejak kecil.
Sewaktu adikku Afham masih ditingkatan 1 (SMP kelas 1) , pernah satu
kejadian sewaktu adikku yang tinggal di asrama sekolah Tahfiz Sains,
pulang bercuti (libur) di rumah. Suatu pagi, sedang diri sedang
membersihkan kamar, kakak tiba-tiba masuk sambil matanya merah. Sisa air
mata masih mengalir deras ditubir matanya menandakan hati yang gundah
masih belum tenang. Hairan. Padahal baru setengah jam yang lalu beliau
keluar dari kamarku untuk menggambil minuman dalam keadaan
ketawa-ketawa.setelah diri bertanya, kakak mengatakan “sedih lihat adik
menangis kerana susah menghafal Al-Quran. Tapi kakak tidak dapat bantu
sedikitpun..” sebaik mendengar kata-kata kakak, semerta dada ini sebak.
Ingin ikut menangis. Tapi harus dipendam. Memang seperti itu. Sejak
kecil diri harus lebih pintar menyembunyikan perasaan kerana kakak
sangat ekspresif orangnya. Saat kakak menarik tanganku keluar kamar dan
mengintip dikamar adik, air mata ini tidak mampu lagi terbendung.
Mengingat kata-kata kakak tadi dan melihat sendiri sosok adik yang
sedaya upaya berusaha dengan keras untuk memantapkan hafalannya..kasihan
adikku.. "
Pernah juga suatu ketika aku tidak mengendahkan nasihat kakakku. Dia hanya diam. Aku merasakan aku tidak bersalah dan tidak mengambil berat pada perasaannya. Ku kira itu hanya perkara kecil yang akan hilang ditiup angin. Tapi kemudiannya adikku datang menemuiku. Adikku bilang kakak menangis semahunya tadi. Kakak terlalu sedih apabila adik yang sangat dicintainya tidak mendengar nasihatnya. Aku membisu seketika. Aku menyesali perbuatanku. Lalu aku segera meminta maaf padanya.
Jiwa kakakku sangat sensitif dan lemah lembut di sebalik luarannya yang
tegas dan bertanggungjawab. Dia amat menitikberatkan kebajikan
adik-adiknya dan mempertahankan ummi ayah di saat fitnah semakin
berleluasa.Itu yang membuatkan ku sangat kagum pada dirinya.
2 orang putera yang sangat aktif, comel dan cerdas. Bakal mewarisi jiwa ummi dan abinya. Umar al Fateh dan Ahmad al Amin |
Pernah sekali aku berbual dengan along. Dia meluahkan perasaannya
padaku. Hatinya hiba. Suaranya sebak. " Along sedih tengok ummi ayah
yang masih lagi bekerja dengan keras untuk membesarkan anak-anak.
Sedangkan along tak mampu untuk membantu mereka. Sepatutnya ummi ayah
dah tak perlu kerja. Kebajikan adik-adik sepatutnya di bawah tanggungan
along. Ummi ayah dah boleh berehat. Along sepatutnya mampu menaja mereka
untuk pergi umrah dan sebagainya. Tapi sampai kini ummi ayah pula masih
membantu along dalam urusan kehidupan. Along rasa malu pada dri.
Sensitiviti along sebagai anak sulung dan kakak kepada kami sangat
kuat. Padaku dialah tulang belakang kepada keluarga kami. Along yang
banyak membela ummi ayah di saat aku di perantauan. Hatiku merasa sangat
sebak memikirkan betapa berat dan besarnya bebanan yang dipikulnya. Aku
sentiasa berjanji pada diriku untuk melengkapkan diriku dengan pelbagai
kekuatan supaya suatu hari nnti aku pula yang akan membela keluargaku.
Aku ingin mengurangkan kesedihan dan bebanan along. Kerana aku adalah
adik lelakinya. Tanggungjawab yang berat seharusnya aku pikul. Akulah
yang perlu menjadi pembela kepada mereka.
Sepanjang akal ini mampu menyimpan memori, tidak pernah rasanya
mendengar kakak mengeluarkan kata-kata yang kasar atau kesat. Sebaliknya
kakak sering memberi motivasi dan paling penting, kakak adalah tempat
mencurah masalah dan berkongsi pendapat. Kakak sangat rasional dan
berfikiran terbuka serta berpandangan jauh. Setiap dia memberi pendapat
pasti masuk akal dan bisa dipraktekkan. Bukan sekadar teori semata-mata.
Berbicara dengan kakak itu menambah ilmu dan wawasan. Berbincang dengan
kakak itu akan membenahi idea yang kreatif. Menjadikan along sebagai
salah satu teladan kepada diriku. Along yang banyak memberi tunjuk ajar
padaku dari sudut ikhtilat dan sebagainya. Sungguh, terlalu banyak yang
aku belajar darinya
Sedikit celoteh buat kakakku tersayang. Masih terlalu banyak yang
inginku ceritakan tentang insan yang cukup istimewa ini. Tulisan ini
adalah dari hati yang ikhlas. Sudah lama bermain di fikiran dan
terpendam dalam perasaan. Jadi ku nukilkan kepada kakakku sebuah syair
sebagai kiasan hatiku.
Kakak
Kaulah Yang menaruh Bintang
Dalam Mata, Hati dan
Genggamanku
Mungkin aku Tidak
Melihatmu
Di Bawah Matahari
Tapi Ketika Sampai Pada Malam
Kau Selalu Di Sana Menjelma
PelitaDi Lorong Paling Gelap dan
Berdebu
Kakak
Kaulah Bintang Sejati
Yang slalu membuatku tersenyum
Membangunkan aku saat terjatuh,
Memberi semangat di saat aku lelah dan
terpuruk.
Namun aku belum bisa membalas apa apa
Hanya sekedar ucapan terima kasih kakak ku
Kakak
Bale kaka pung pipi adik mau ciong, Biarpun
beta kaka pung sudara tiri.
Aku sayang kakak….!
(Nukilan dari Rangmudo) Kaulah Yang menaruh Bintang
Dalam Mata, Hati dan
Genggamanku
Mungkin aku Tidak
Melihatmu
Di Bawah Matahari
Tapi Ketika Sampai Pada Malam
Kau Selalu Di Sana Menjelma
PelitaDi Lorong Paling Gelap dan
Berdebu
Kakak
Kaulah Bintang Sejati
Yang slalu membuatku tersenyum
Membangunkan aku saat terjatuh,
Memberi semangat di saat aku lelah dan
terpuruk.
Namun aku belum bisa membalas apa apa
Hanya sekedar ucapan terima kasih kakak ku
Kakak
Bale kaka pung pipi adik mau ciong, Biarpun
beta kaka pung sudara tiri.
Aku sayang kakak….!
Selamat Hari Lahir ke 28 Along , Mahfuzah Hanisah.
Moga diberkati umur dan dimurahkan rezeki
Moga dikurniakan magnet-magnet iman
Moga diberikan kebahagiaan di dunia dan akhirah
Moga mendapat kejayaan selamanya.
Terima kasih banyak mendidik dan menjaga am.
Minta maaf atas kesalahan dan kesilapan yang pernah am lakukan.
Am nukilkan tulisan ini kerana esok mungkin tiada lagi. Penulisan terakhir sebelum berangkat pulang ke mesir
Kal Ho Naa Ho...
Salah satu moment yang sangat menyedihkan. Berpisah dengan along sebelum aku berangkat ke mesir pada 2010 |
Aku dan Along |
Mohd Afham Mohd Ariff.
Kuliah Perubatan
Universiti Al Azhar Kaherah Mesir.
*****************************************
Ya Allah.. Sangat sebak ku membaca.. Setiap kali Abg Am atau Angah menulis tentang Along, setiap kali itu saya menangis.. Hee
Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah
Kesah yang amat menyentuh hati...doakan semoga hidup along sekeluarga sentiasa bahagia dunia dan akhirat
ReplyDeleteMay Allah always bless you and your family... my best ever fren, Anis. I LOVE U till Jannah.
ReplyDeleteKak Anis bukan hanya sekadar anak, isteri dan kakak yang hebat... tapi juga seorang sahabat yang sangat2 dekat di hati K.Naimi.. :)
ReplyDeleteSelamat ulang tahun buat kakakmu. Semoga hidup dilimpahi barokah Allah :) InsyaAllah. Kirim salam kat anak2 dye yg comel. Naseb baik dpt tgk sblum fly ke selangor :')
ReplyDelete