Assalamualaikum...
Alhamdulillah.. Tanggal 18 September 2013, hari Rabu, Hari Jadi Along yang ke-28.
And
for this really SPECIAL day, Abang Am tulis "Tentang Kakak" kami..
Kakak yang banyak melakukan pengorbanan buat kami adik-beradik. Kakak
yang ambil berat perkara terkecil tentang kami sekeluarga..
Sungguh! Menangis baca kisah Along ni..
Her story of sacrifice and love will never end..
#SayangAlongFromTheBottomOfMyHeart
*********************************************************************************
Nukilan : Abang Afham - kefahamanislam92.blogspot.com
Buatmu Insan Bernama Kakak
" Am tahu tak masa
mesir sedang bergolak dulu, along selalu menangis bila teringatkan am.
Along selalu tanya ayah apa perkembangan am. Selamatkah am kat sana?
Cukup makankah? macam-macam lagilah. Setiap kali kami nak makan, mesti
along teringatkan am. Terus dia mintak kat ayah suruh telefon am. " kata
ayah kepadaku pada suatu hari.
Aku terkejut mendengarnya dari ayah. Dalam keadaan menduga aku membalas "
Ye ke ayah. am call along rilek je. " Kata ayah " Memang la depan am
along rilek sebab along tak nak am tengok along susah hati. Along perlu
sentiasa kuat supaya dia mampu membela adik-adiknya. " Kata-kata ayah
sangat terkesan dalam diriku. Peristiwa ini benar-benar berbekas dalam
jiwaku. Tentang betapa besarnya kasih sayang seorang kakak kepada
adiknya.
Antara aku dan along
|
Kami berempat. Anak kesayangan ummi ayah |
Aku adalah anak
ketiga di dalam
keluargaku. Di hadapanku adalah kakakku yang kini merupakan seorang
peguam dam seorang lagi adalah pelajar
perubatan di sebuah universiti di Indonesia . Perbezaan jantina dan umur
yang terlalu jauh membuatkan aku rasa terlalu ada jurang yang jauh
dengan kakakku.Kadang-kadang ketika dulu aku selalu berimpikan seorang
abang. Yang boleh menjadi teman bermainku. Yang akan memahamiku sebagai
seorang lelaki. Tetapi kini aku sudah memiliki segalanya.
Allah memberi apa yang kita perlu, Bukan apa yang kita mahu
Along adalah seorang kakak yang sangat memahami diriku. Ketika aku masih
di bangku persekolahan, tidak banyak masaku bersama along. Aku berada
di asrama dan along pula di universiti. Kami jarang bertemu kerana waktu
cuti yang berbeza. Tapi perkara ini tidak menghalang along untuk
mengikuti perkembanganku. Bahkan dia lebih mengenali diriku berbanding
diriku sendiri.
Walaupun along seorang kakak, tapi dia juga memainkan peranan seperti
abang. Ketika mana dulu aku pernah "diserang" oleh seniorku keerana
kedudukanku selaku presiden badan dakwah sekolah, alonglah yang bangkit
mempertahanku. Bagiku dia telah memainkan peranan lebih dari seorang
abang. Mempertahankan maruah adiknya. Dialah kakakku, Dialah abangku.