Assalamualaikum...
Teringat pada Usrah Keluarga semasa Abg Am cuti semester thn lepas.. Perkongsiannya cukup menarik dan saya juga catat apa dia bagitahu.. Perkongsian saya kat blog kali ni adalah hasil nukilan ayah yang yang telah menaipnya dalam laptop..
Thiqah = Kepercayaan/Keyakinan
Thiqah = Kepercayaan/Keyakinan
TSIQAH
1.
Thiqah kepada Allah
- Apa yang ada pada Allah jauh lebih hebat dari
apa yang ada pada dirinya
- Yakin
dengan pertolongan Allah
- “Cukuplah
Allah menjadi Penolong kami dan Allah adalah sebaik-baik pelindung”
Hadith Sahih
2.
Thiqah kepada pertolongan Allah.
- Wajib
meyakini Allah akan memenangkan dan akan memuliakan agamanya meskipun seberapa
panjang masa itu harus ditempuhi serta seberapa kuat kekuasaan yang bathil
menghalanginya.
- Mesti
meyakini Allah bersama orang-orang yang beriman, menolong, menunjukkan, memenangkan, menguatkan dan membantu mereka ketika orang sekitar menjauhinya.
- Ketika
tentera bumi tidak ada yang bangkit bersma mereka, Allah turunkan kepadanya tentera dari langit yang berlipat ganda.
- Orang
yang paling beraqidah merekalah yang paling percaya dengan apa yang dijanjikan
oleh Allah swt.
3.
Thiqah kepada Pahala Allah
- Seorang Muslim
sejati mesti yakin setiap langkah yang dijalani, selagi berada diatas jalan
Allah dengan ikhlas dan apa saja aktiviti yang dijalankan serta ujian yang
menimpanya, Allah akan mencatatkan perbuat tersebut dengan balasan pahala yang
paling besar.
4.
Thiqah kepada Syariah Allah swt.
- Bagi
seorang Muslim, tidak akan mungkin dapat bergerak dan bertindak mengingkari
hawa nafsunya, tanpa terlebih dahulu memiliki rasa qana'ah (penerimaan yang mantap)
bahawa dia sedang melaksanakan syariah yang mengandungi kebenaran.
5.
Thiqah kepada Pemimpin.
- Bagi
akhie Muslim, ia harus menaruh kepercayaan sepenuhnya kepada pemimpin mereka
dengan kepercayaan bersama tanpa akhir dan tiada batasannya.
6.
Thiqah kepada Tentera (Rakan
seperjuangan)
- Bagi
Muslim sejati, kita mesti memiliki rasa percaya
atau tsiqah dengan orang yang berjalan bersamanya (dalam satu
perjuangan) tanpa meremehkannya.. Bahkan dia harus meyakini sahabat seperjuangan adalah 10 x lebih baik dari orang yang tidak duduk dalam tanzim jemaah.
7.
Thiqah kepada diri sendiri.
- Seorang
tentera (Jundi) percaya dengan dirinya sendiri dan mengetahui bahawa
perjalanannya di jalan Allah adalah denganmelaksanakan syari’ahNya.Ini bererti
dia tetah menetapkan pilihan dirinya di atas jalan para mujahidin.
Salam Ukhuwwah Fillah
Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah
Thiqah , awk ajar saya n tiqah dlu psl nie :D
ReplyDelete