So,cuti akhir tahun lepas, saya telah join satu kem, that is Kem Minda Kreatif anjuran KeARAH Kelantan.. KMK kali ini bertemakan "Remaja Kontemporari Pencorak Identiti"..
Besut – Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) Kelantan
telah menganjurkan Kem Minda Kreatif (KMK) pada 13hb hingga 15hb
November 2012 di lokasi pilihan Kem Sri Keluang, Besut, Terengganu.
Seramai 146 orang peserta yang terdiri daripada sekolah SMK Machang,
Maahad Sains Al-Quran Al-Amin, SMKA Melor, SMA Kampung Laut, Maahad
Muhammadi Perempuan dan banyak lagi telah menyertai kem pada kali ini.
Sebanyak 39 orang tenaga penggerak urusetia dan fasilitator yang terdiri
daripada mahasiswa/i seluruh Malaysia yang telah bersama-sama
berganding bahu menjayakan program KMK kali ini.
Barisan peserta lelaki
Jawatankuasa pelaksana kem pada kali ini
diketuai oleh En Mahmud bin Jaafar, Penasihat KeARAH Kelantan. Kem
dibawah pimpinan saudara Mohamad Fatmi Mansur bin Che Sarimuzi selaku
Kem Komandan dan dibantu oleh Timbalan Kem Komandan, saudari Widad binti
Kamarudin ini mempunyai misi yang besar untuk dicapai. Antara objektif
utama KMK kali ini ialah menerapkan nilai tarbiyyah dalam diri remaja
yang mampu melahirkan remaja yang berkualiti dari sudut rohani, jasmani
dan emosi, menanam dalam diri peserta untuk memiliki ikatan ukhwah
Islamiyah yang sebenar dan juga melatih ketahanan diri serta kecergasan
fizikalagar mampu berdikari dalam semua keadaan.
Pada hari pertama, selepas taklimat ringkas program, para peserta
melibatkan diri dalam aktiviti Ice-Breaking, yang menyediakan pelbagai
permainan menarik sperti Kau Kerusiku, City Bundle dan banyak lagi.
Diserikan lagi dengan sajian aktiviti dalam berkumpulan Belon Si buta,
You Are Under Arrest, dan Pintu Doraemon.
Kau kerusiku
Malamnya pula, slot Kehebatan Saya dikendalikan oleh En Siddiqi bin
Jamaluddin, berjaya membuka lembaran para sahabat Nabi yang harus
dijadikan ikutkan remaja zaman kini.
Slot Minda Kreatif dikendalikan sepenuhnya oleh fasilitator,
terbahagi kepada dua bahagian Fizikal dan Mental. Aspek Fizikal lebih
kepada kepada War Game antaranya Dota game, manakala mental lebih kepada
debat, menggalakan peserta untuk berkongsi maklumat dan pencambahan
idea.
Persediaan untuk dota game
Menjelang hari kedua, slot Remaja
Kontemporari Mencorak Identiti kendalian En Mohd Razali Maarof berjaya
melahirkan kesedaran dalam diri peserta bahawa merekalah tunjang masa
depan dunia.
Dapur Berasap
Pada hari yang sama, para peserta
berpeluang untuk menjadi chef muda sehari dengan menghasilkan menu makan
tengah hari sendiri melalui aktiviti Dapur Berasap.
Aktiviti Nightwalk di sekitar tapak kem
pada awal pagi adalah sebagai pembuka tirai hari terakhir program ini.
Seusai sarapan, peserta mengikuti jungle trekking di trek khas yang
disediakan khusus untuk aktiviti mencabar ini. Istimewanya, selari
dengan nama program ini, peserta dapat mendaki bukit dan meneroka hutan.
Dengan himmah yang tinggi mampu menawan sebuah bukit.
Night Walk
Selesai mendaki Bukit Keluang
Barisan peserta perempuan
KMK kali ini melabuhkan tirainya menjelang menjelang petang dengan
acara perasmian penutup oleh Dr Mohd Ariff bin Mohd Rashid, Timbalan
Pengarah 2 HALUAN Kelantan. Semoga Allah menerima amalan kami semua
insya-Allah.
Solat Subuh slps Night Walk ( bestnyer solat tepi pantai.. nyaman )
Slh satu checkpoint ats bukit (ibadah)
Ice-Breaking
Ice-Breaking
Keindahan Pantai Bkt kluang
Peserta lelaki punya masakan.. (seriously??! peserta perempuan pun tak secantik ni.. malunyer)
LDK utk pembentangan
checkpoint ibadah - tayamum
Lagi ice-breaking
A race to Bkt Kluang
Uji ketahanan diri - tetap beriadhah walaupun tgh hujan
Titik permulaan utk mendaki bkt kluang
Identiti fasi
Kump Jannatul Fatayat ( pemudi syurga) Kump sy tuu
Menikmati ciptaan Allah di ats bkt.. Subhanallah, terima kasih Ya Allah kerana menghadiahkan kami pandangan yg cukup indah sekali setelah kami berpenat lelah mendaki bkt yg agak curam... (skema ayat)
p/s : Pelajar SMKAM 8 org sertai (pengembangan da'wah)
Rindunyer ! Nak join lgi lah pasnie..banyak pengajaran, nasihat, akhlak yg boleh kita teladani ! <3 KMK
ReplyDelete