Friday, 22 March 2013

'Running Through The Village III' Keputusan + Rumusan

 Assalamualaikum...

13 Lelaki


 13 Perempuan


 15 Lelaki


15 Perempuan


18 Lelaki


18 Perempuan





MORAL OF THE ENTRIES

Sangatlah penting untuk kita beriadhah kerana beriadha juga termasuk dalam ibadat.. Jadi, kalau ada akiviti sukan di sekolah, bermainlah dengan penuh semangat .. Mari kita amalkan..


"Orang mu'min yang kuat itu lebih disukai Allah daripada mu'min yang lemah"
-maksud hadith-

"Dua nikmat yang sering manusia tertipu oleh kerananya iaitu nikmat sihat dan nikmat masa lapang"
-maksud hadith-

Tidak memberi apa-apa erti kita mempunyai fizikal yang kuat jika kita tidak patuh pada suruhan Allah. Maknanya, jika kita terlalu taksub untuk 'menjaga kesihatan' sehingga terabai daripada melakukan perkara yang disukai Allah, ianya adalah sia-sia belaka.. Sebab itu kita harus perbetulkan niat kita untuk menggunakan badan yan sihat bagi beribadah kepadaNya. Lagi pun, mempunyai jasmani yang kuat (Qawwiyul Jismi) termasuk dalam 10 Muwasafat Muslim..

"Katakanlah Muhammad, sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah Tuhan seluruh alam."
(Surah Al-An'am: ayat 162)


Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah

'Running Through The Village II' Sahabat Ver.

Assalamualaikum...

Seperti yang saya cakap pada entri yang lepas, entri ini, adlah khusus kepada kawan-kawan saya saban hari meminta saya supaya memasukkan gambar 'posing' sebelum dan selepas Majlis Penyampaian Hadiah bagi pemenang-pemenang larian merentas desa ni..

I present to you.....










 Primary school Juniors

Mahfuzah Hamizah

Najah Fareeha

Nor Shafiqah

Faezatul Atiqah

Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah

'Running Through the Village' Dewan Ver.

Assalamualaikum...

Apa la tittle yang Fuzah letak ni..!?
Haaa!! " Running through the village " ni, maknanya MERENTAS DESA la.
Kenapa la translate kepada bahasa Inggeris pulak? Merosakkan bahasa ibunda aje.
Biar 'classy' sikit bunyinya... Huhu.

Adoyaii.. Ape la yang aku merepek ni??


Okay, serius..................

Ehem ehem.. Sebenarnya saya nak cerita pasal Larian Merentas Desa yang dah berlangsung minggu lepas lepas. Kenapa dua kali perkataan 'lepas' ? Untuk menunjukkan bahawa larian merentas desa ni dah lama berlalu. Banyak yang saya nak cerita, tetapi tak tahu nak karang apa. So biar gambar yang bercerita..

" Setiap gambar ada kisahnya " - [siapa-cakap-ni?]


 Laungan 1 Murid 1 sukan





 Mempersembahkan... Cikgu zawawi, pembakar semangat Hambali

Monday, 18 March 2013

Pertandingan Bahas Bahasa Melayu Ala Parlimen


Assalamualaikum...

Dari kiri : Ckg Ghazali (pemilik blog KM7 ) , Ammar Hazim, Sharifuddin, Anis, Fatimah, Fatini, Aqil, Amer, Shairazi dan Muaz (Spm '12)


Selesai sudah pertandingan bahas bahasa Melayu ala parlimen peringkat ppd Kota Bharu.Pasukan bahas SMKAM telah mendapat tempat ketiga,manakala johan SMKA Naim lilbanat dan naib johan SMK Ahmed Maher.Tahniah kepada semua.

Tahniah kepada pasukan SMKAM yang telah memberikan saingan sengit,biarpun kesemua  pesertanya adalah muka-muka baru yang bakal menjadi pelapis untuk pertandingan tahun-tahun akan datang.

Terima kasih kepada semua yang telah memberikan tunjuk ajar dan sokongan.Menang kalah adat pertandingan.Semoga pertandingan kali ini memberikan pengalaman berguna kepada semua.Segala pengalaman sepanjang latihan dan pertandingan menjadi kenangan kerja berpasukan yang sukar dilupakan.

Semoga pasukan bahas SMKAM akan terus maju.Kepada pasukan yang akan mewakili ppd Kota Bharu...semoga berjaya!


Credit to : Cikgu Ghazali


Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah