Friday, 12 April 2013

Ayuh.. Kita renungkan..!





 Wahai Manusia  ...
     

Ohhh.. indahnya hidup ini...bila aku lapar..aku akan cari makanan, buah-buahan dan apa aja yang boleh mengenyangkan perut aku. Halal atau haram ????...aku tak kesah..semuanya halal bagi aku.

Aku boleh bergaul dengan bebas....jantan atau betina..sama saja..
yang penting ...nafsu aku puas...hidup aku enjoy..

Aurat..???? ahhh...tak payah susah-susah...tutup sikit-sikit sudahlah... Zaman moden kan...aku memang dari dulu sampai sekarang tak kesah dengan aurat pun...!!!


Kalau tuan/puan nak jadi aku...jom ikutlah cara hidup aku.....
Cuma aku hanya seekor binatang..kalau mati tak masuk neraka..
Tapi tuan /puan adalah manusia...kalau mati tentu masuk neraka ..

Ok lah...aku nak rehat ni,tapi tolonglah fikirkan pesanan aku ini... !!

-Pesanan daripada beruk kesepian 



Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah

Wednesday, 10 April 2013

Sentuhan Nurani di KASeH Kelantan


BACHOK, KELANTAN, 1 Apr 2013 - Seramai 121 pelajar sekolah rendah telah berkampung selama tiga hari dua malam di Tanjung Chap Beach Resort di sini dari 25 hingga 27 Mac untuk menyertai Kem Anak Soleh (KASeH) yang dianjurkan oleh Kelab Remaja HALUAN (KeARAH) cawangan Negeri Kelantan.
Menurut pengarah kem, Cik Nurul `Atiqah Mahmud, peserta telah datang dari seluruh pelusuk Kelantan termasuk Gua Musang dan Tanah Merah. Kem yang dijayakan bersama 20 fasilitator lelaki dan perempuan itu membawa tiga misi utama. Pertama, menerapkan nilai-nilai Islam kepada anak-anak dalam aspek aqidah, ibadah dan akhlak melalui sirah. Kedua, menanam dan memantapkan akidah anak-anak serta kefahaman mereka tentang kepentingan dan keperluan solat. Yang terakhir, untuk mencungkil bakat, potensi dan kebolehan mereka ke arah kebaikan.
Antara aktiviti yang mendapat sambutan hangat peserta ialah Malam Cilik Muslim, Slot Anak Soleh, Kembara Kasih dan Modul Al-Fatihah. Encik Jumat Mat Salleh daripada Puncak Himmah Consultancy telah bersama adik-adik peserta dalam Slot ‘Warkah Buat Ibu Ayah’ sebelum pulang ke Sabah.
Salah seorang peserta perempuan 12 tahun, Amani Nasuha Che Adnan amat menyukai slot tersebut. “Paling menyentuh hati sekali adalah semasa aktiviti dengan abang Jumat. Selepas slot tu, barulah saya sedar tanggungjawab saya sebagai anak. Masa tu juga, saya tak sabar nak balik sebab nak cium, peluk dan minta maaf dekat mama dan abah. Dan saya juga nak ucap banyak-banyak terima kasih kat mama dan abah sebab hantar saya kat kem ni,” kata adik Nasuha dengan sebak.
Menyentuh perasaan apabila salah seorang peserta perempuan, Tengku Farah Anisha Tuan Zaki, 12 tahun berkata, “Saya tak nak pergi kelas tambahan sebaliknya saya ke kem ini. Kalau saya tak sertai, saya dah tak ada peluang untuk melalui zaman kanak-kanak saya. InsyaAllah, Allah akan bantu saya dalam UPSR nanti.”Dengan keyakinan yang jitu, Farah menjawab persoalan kenapa memilih untuk menghadiri Kem Anak Soleh. Adik Farah juga mengatakan inilah kali pertama dan kali terakhir dia menghadiri kem seperti ini memandangkan beliau akan memasuki sekolah menengah selepas ini.
Mengikut kepada perancangan, pihak penganjur mungkin akan mengulangi lagi Kem Anak Soleh untuk sesi ke-2 pada cuti sekolah akhir tahun nanti kerana sambutan yang hangat. Keberhasilan matlamat kem ini mungkin telah tercapai apabila melihat sikap adik-adik peserta yang berubah ke arah lebih baik menjelang akhir kem. Ada di antara mereka yang menerpa, memeluk dan meminta maaf kepada ibu ayah, serta adik-beradik mereka di akhir program. 

Laporan Nurul Zati Amani Mahmud, KeARAH Kelantan 
Antara slot yang mencungkil daya kreativiti peserta

Ujian : Kaki Bengkak

Assalamualaikum...

FYI, today, I am absent from school. Why..? Seperti tajuk di atas, kaki saya mengalami ke'bengkak'tan yang agak serius. Seperti kata-kata ayah saya, " Macam telur rosak " huhu.. Macam mana boleh bengkak??
Susah nak cerita secara detail. Tetapi punca UTAMA adalah CICAK. Oh, I seriously TAK SUKA makhluk reptilia kecil  yang bernama cicak ni. Lagipun, menurut sirah, cicak ni la yang memberitahu puak kafir musyrikin Mekah yang mana ada makhluk di dalam gua Tsur ketika Nabi Muhammad S.A.W. dan Saidina Abu Bakar R.A. bersembunyi ketika melarikan diri dalam peristiwa Hijrah. Nasib baik dengan izin Allah labah-labah membina sarang dengan cepat di pintu gua. Dah lah jahat, menggelikan pulak tu. Pendek kata, saya benci kan cicak..!

Uhukss-uhukss... Emo la pulak..

Ummi cakap, ini adalah ujian dan teguran daripada Allah mungkin sebab saya ada buat silap (mane boleh bagitau, aib diri sendiri tak boleh buka..) Taubat dah, nak jadi anak soleh yang taat pada ibu bapa dan Allah. Dan tak nak cari pasal dengan cicak lagi..! Sakit..!! =(

Oh ya !! Saya dah hampir seminggu balik daripada LAWATAN ILMIAH BADAN PENGAWAS SMKAM.. Tapi, tak sempat lagi nak update gambar kat blog dan facebook.. InsyaAllah akan datang tak kama lagi..

Assalamualaikum.. Tata~~ Titi~~ Tutu~~




Kaki ku berbalut.. Bestnya..! First time dapat experience kaki kena balut..

Monday, 1 April 2013

Sindiran Pedas



Jangan disangka blog, FB dan penulisan tidak mampu menyindir pedas!

Sindiran pedas....

Walau hanya dengan SATU sindiran, walau tidak sengaja, walau tiada niat untuk menyindir sekalipun, namun KEPEDASAN sindiran atau kata-kata sudah cukup MELUKAKAN hati seseorang.

Sakit hati bukan?
Pernah terasa?

  Namun, apa yang menjadi isu perlukah sindiran dalam hidup kita?
Bentuk sindiran bagaimana yang dibenarkan dalam islam?

  Benar, ada sindiran berbentuk negatif dan ada pula negatif.
Benar, Al-Quran sendiri banyak menyindir manusia termasuklah diri ini.
Benar, hatta Rasulullah SAW sendiri pernah menyindir keluarga dan sahabat Baginda.

PEDAS ATAU TIDAK?

  Nak tahu pedas atau tidak bergantung pada individu. Orang-orang tua suka kecohkan ayat ini sampai jadi peribahasa :

"Siapa makan cili, dia yang terasa pedas!"

Tahap kepedasan boleh dinilai jika ada respon seperti :


  •  Mengutuk dalam hati
  •  Menyumpah!
  •  Menangis
  •  Baling barang
  • Angkat tangan, tak kisahlah tampar atau hentak-hentak kaki keyboard balas komen                                                        


PERLUKAH SINDIRAN DALAM HIDUP?

Terpulang kepada kita bagaimana untuk menghadapi, menangani serta menginterpretasikan sindiran tersebut.

  Jika kita seorang yang positif dan sabar, maka sindiran pedas menjadi positif dan tidak mustahil menjadi penanda aras kepada diri kita untuk berubah menjadi insan yang lebih baik untuk menghadapi hari esok berbanding siapa kita pada hari ini. InsyaAllah...

  Mungkin ada di antara kita yang menginterpretasikan kata-kata tersebut sebagai nasihat , peringatan mahupun pesanan.

  Menggunakan kata-kata tersebut untuk menyindir seseorang yang dirasakan 'insan' tersebut perlu ditegur secara sindiran?

Wallahu'alam.

SINDIRAN DARIPADA SAYA!

Di kesempatan ini, sambil melemparkan senyuman, saya juga ingin menyampaikan sindiran saya kepada sesiapa yang terasa :

"KALAU ANDA TIDAK SUKAKAN KEBAIKAN JANGAN HALANG ORANG LAIN LAKUKAN KEBAIKAN!"

Kalau islamik sikit :

"KALAU TAK MAMPU MENJADI PENOLONG,  JANGAN SAMPAI JADI PENGHALANG AGAMA ALLAH!"

Kalau ambil ayat al-Quran :

"Hampir-hampir (neraka) itu terpecah-pecah lantaran marah. Setiap kali dilemparkan ke dalamnya sekumpulan (orang-orang kafir), penjaga-penjaga (neraka itu) bertanya kepada mereka: “Apakah belum pernah datang kepada kamu (di dunia) seorang pemberi peringatan?” - ayat 8, surah al-Mulk.



P/s :: Penulis asal : Muslim Doktor


Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah