Assalamualaikum...
Tips-tips ini telah dikongsi oleh
seorang sahabat yang amat disenangi oleh kaum wanita dan disegani oleh
kaum lelaki. Semoga dengan mengamalkan perbatasan perhubungan ini, akan
lebih suci bagi hati kita dan bagi hati mereka.
Sama-samalah kita
menjaga hati.
1. Elakkan berurusan dengan lelaki.
Kalau ada peluang untuk minta tolong
dengan perempuan, mintalah tolong dari perempuan. Disebabkan limitation
kemampuan perempuan seperti repair kereta, repair laptop dan lain-lain,
maka terpaksalah minta tolong dari orang lelaki.
Kalau dalam pembelajaran, selalunya ada budak lelaki yang mahir dalam sesuatu subjek. Maka kita kena betulkan niat untuk belajar semata-mata sebelum merujuk mereka.
2. Guna Perantaraan
Kalau terpaksa contact orang lelaki, gunakanlah medium perantaraan dalam bentuk tulisan, seperti SMS, email, atau nota kecil.
Gunakan perkataan-perkataan formal, bukan bahasa pasar. Contoh: Maaf, (bukan sorrie..), Terima kasih (bukan time kaceh).
Lagi satu takyah la buat smiley face ke
(^_^), gelak2 ke (hihihih), dan lain-lain yang kurang berfaedah.
Elakkan bercakap melalui telefon kalau belum desperate. Ini kerana suara
wanita amat lunak dan boleh menggetarkan jiwa lelaki.
Sampai Allah pun kena sound kat orang perempuan supaya keraskan suara. Rujuk qur’an surah Al-Ahzab ayat 32:
“Wahai isteri-isteri nabi, kamu
bukanlah seperti perempuan-perempuan lain jika kamu bertaqwa. Maka
janganlah lemah lembutkan suara dalam berbicara, sehingga bangkit nafsu
orang yang ada penyakit dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan yang
baik.
Kalau rasa ayat ini ditujukan kepada isteri-isteri nabi sahaja, lembut-lembutkanlah suaramu dan lihatlah kesannya.
Apabila arahan ini diberi kepada
isteri-isteri nabi, sepatutnya kita juga menyahut seruan itu untuk
mencapai darjat yang sama seperti mereka, darjat wanita-wanita yang
bertaqwa dan darjat wanita-wanita yang terpilih.
Best bukan?
3. Tundukkan Hati
Apabila terpaksa berurusan dengan
lelaki, kita sepatutnya merasa bulu roma kita meremang, kerana takut
pada Allah. Kita sangat takut sekiranya disebabkan kita, lelaki tertarik
kepada kita.
Waktu berdepan dengan mereka, banyak-banyaklah berdoa,
“Ya Allah, janganlah Kau buatkan lelaki ini tertarik kepadaku. Jauhkan pandangannya dari panahan syaitan.”
4. Tundukkan Pandangan.
Jangan tertipu dengan communication skills yang kita belajar kat universiti dulu; “make eye contact with the person you’re talking to”.
Benda tu applicable kalau kita becakap
dengan orang yang sama jantina sahaja. Kalau ada eye contact dengan
orang yang berlainan jantina, kita akan mendapati theory “dari mata
turun ke hati” tu betul.
So, be careful dengan pandangan mata.
Para sahabat dulu pun, Allah perintahkan supaya tahan pandangan apabila mereka berurusan dengan isteri-isteri nabi.
Cuba rujuk surah al-ahzab ayat 53;
“….Apabila kamu meminta sesuatu dari isteri-isteri nabi, mintalah dari
belakang tabir. Itu lebih suci bagi hatimu dan hati mereka..”
Kita bukan disuruh membawa tabir ke
mana-mana kita pergi. kalau susah sangat nak jaga mata, tutuplah
pandangan dengan buku ke, ngan file ke.
Kita lihat betapa Allah sangat ambil berat masalah hati para sahabat dan isteri-isteri nabi supaya mereka tak tewas ke dalam kemungkaran.
Kalau kita pun nak jadi sehebat diorang, kenalah buat apa yang diorang buat.
Takkan nak tunggu Allah sebut nama kita
dalam Qur’an baru nak buat kot.
Contoh: “Wahai Cik Hasni.. taatilah
suamimu…” Isk2. tak layak nya…
5. Cepatkan Urusan.
Ni mungkin applicable kepada students
atau orang yang dah kerja yang terpaksa berurusan dengan team mate
lelaki. Dah tak boleh elak, dia je team mate kita.
So, apa-apa kerja yang nak dibuat
bersama, buat je la keje tu. Takyah nak borak-borak, tanya hal
peribadilah, gelak-gelaklah, buat lawaklah.. tak perlu dan tak perlu.
Siapkan kerja cepat-cepat, then pergi. Perbincangan buatlah di tempat yang proper dan berurusanlah secara professional.
Semoga bermanfaat dan semoga kita dikenali sebagai wanita mu’minah yang ada identiti, yang taat pada perintah Allah dan takutkan hari pembalasan.
Jaga diri, hiasi peribadi.
P/s: Pesanan sahabat kepada sahabat… :-)
Salam Ukhuwwah Fillah