ALLAH memerintahkan kaum lelaki untuk menundukkan pandangannya,
sebagaimana firman-NYA; Katakanlah kepada laki-laki yang beriman:
Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara kemaluannya.
(An-Nuur: 30)
Sebagaimana hal ini juga diperintahkan kepada
kaum wanita beriman, ALLAH berfirman; Dan katakanlah kepada wanita yang
beriman: Hendaklah mereka menahan pandangannya dan memelihara
kemaluannya. (An-Nuur: 31)
2. Menutup Aurat
ALLAH
berfirman : ..dan jangan lah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali
yang biasa nampak daripadanya. Dan hendaklah mereka melabuhkan kain
tudung ke dadanya. (An-Nur: 31)
Juga Firman-NYA; Hai nabi,
katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan
isteri-isteri orang mukmin: Hendaklah mereka melabuhkan jilbabnya ke
seluruh tubuh mereka.(Al-Ahzab : 59)
Yang demikian itu supaya
mereka lebih mudah dikenali, kerana itu mereka tidak diganggu. Dan ALLAH
adalah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (An-Nur: 59).
Perintah menutup aurat juga berlaku bagi semua jenis.
Dari Abu Daud Said al-Khudri .a. berkata: Rasulullah SAW bersabda:
Janganlah seseorang lelaki memandang aurat lelaki, begitu juga dengan
wanita jangan melihat aurat wanita.
3. Adanya pembatas antara lelaki dengan wanita
Kalau ada sebuah keperluan terhadap kaum yang berbeza jenis, harus
disampaikan dari balik tabir pembatas. Sebagaimana firman-NYA; Dan
apabila kalian meminta sesuatu kepada mereka (para wanita) maka mintalah
dari balik hijab. (Al-Ahzaab: 53)
4. Tidak berdua-duaan Di Antara Lelaki Dan Perempuan
Dari Ibnu Abbas .a. berkata: Saya mendengar Rasulullah SAW bersabda:
Janganlah seorang lelaki berdua-duaan (khalwat) dengan wanita kecuali
bersama mahramnya. (Hadis Riwayat Bukhari & Muslim)
Dari
Jabir bin Samurah berkata; Rasulullah SAW bersabda: Janganlah salah
seorang dari kalian berdua-duan dengan seorang wanita, kerana syaitan
akan menjadi ketiganya. (Hadis Riwayat Ahmad & Tirmidzi dengan sanad
yang sahih)
5. Tidak Melunakkan Ucapan (Percakapan)
Seorang wanita dilarang melunakkan ucapannya ketika berbicara selain
kepada suaminya. Firman ALLAH SWT; Hai isteri-isteri Nabi, kamu sekalian
tidaklah seperti wanita yang lain, jika kamu bertakwa. Maka janganlah
kamu tunduk dalam berbicara (berkata-kata yang menggoda) sehingga
berkeinginan orang yang ada penyakit di dalam hatinya tetapi ucapkanlah
perkataan-perkataan yang baik. (Al-Ahzaab: 32)
Berkata Imam
Ibnu Kathir; Ini adalah beberapa etika yang diperintahkan oleh ALLAH
kepada para isteri Rasulullah SAW serta kepada para wanita mukminah
lainnya, iaitu hendaklah dia kalau berbicara dengan orang lain tanpa
suara merdu, dalam pengertian janganlah seorang wanita berbicara dengan
orang lain sebagaimana dia berbicara dengan suaminya. (Tafsir Ibnu
Kathir 3/350)
6. Tidak Menyentuh Kaum Berlawanan Jenis
Dari Maqil bin Yasar .a. berkata; Seandainya kepala seseorang ditusuk
dengan jarum besi itu masih lebih baik daripada menyentuh kaum wanita
yang tidak halal baginnya. (Hadis Hasan Riwayat Thabrani dalam Mujam
Kabir)
Berkata Syaikh al-Abani Rahimahullah; Dalam hadis ini
terdapat ancaman keras terhadap orang-orang yang menyentuh wanita yang
tidak halal baginya. (Ash-Shohihah 1/44)
Rasulullah SAW tidak
pernah menyentuh wanita meskipun dalam saat-saat penting seperti
membaiat dan lain-lainnya. Dari Aishah berkata; Demi ALLAH, tangan
Rasulullah tidak pernah menyentuh tangan wanita sama sekali meskipun
saat membaiat. (Hadis Riwayat Bukhari)
Inilah sebahagian etika
pergaulan lelaki dan wanita selain mahram, yang mana apabila seseorang
melanggar semuanya atau sebahagiannya saja akan menjadi dosa zina
baginya.
Daripada Abu Hurairah r.a., bahawa Nabi s.a.w.
bersabda : “Telah ditetapkan bagi setiap anak Adam bahagian dosa
daripada zina yang pasti akan ditemuinya. Kedua mata dosanya melihat,
kedua telinga dosanya mendengar, lidah dosanya membicarakannya, kedua
tangan dosanya memegang, kedua kaki dosanya melangkah, dan hati dosanya
membayangkan atau mengangan-angankan. Semua itu akan dinyatakan atau
tidak oleh kemaluannya.” (Riwayat Muslim)
*Al-Bukhari juga meriwayatkan hadis ini secara ringkas.
Padahal ALLAH SWT telah melarang perbuatan zina dan segala sesuatu yang
boleh mendekati kepada perbuatan zina. Sebagaimana Firman-NYA; Dan
janganlah kamu mendekati zina, sesungguhnya zina itu adalah suatu
perbuatan yang keji dan jalan yang buruk. (al-Isra: 32)
Salam Ukhuwwah Fillah
Mahfuzah Hamizah